KelabMama

21 Acara Sukaneka Yang Memeriahkan Hari Keluarga & ‘Team Building’ – Teringat Zaman Kanak-kanak!

aktiviti sukaneka semasa family day

Kredit gambar: Sathaporn Sumarai / Shutterstock.com

Acara sukaneka ialah aktiviti wajib setiap kali hari keluarga mahupun team building diadakan. Aktiviti seperti ini memang jelas mengeratkan hubungan dan memeriahkan suasana kerana memerlukan kerjasama pasukan.

Bersempena dengan cuti sekolah ini, memang perfect sangat kalau ahli keluarga Mama nak adakan Hari Keluarga ni bersama saudara mara. Lebih meriah dan bermakna!

Oleh itu, Mama Siti akan kongsikan 21 acara sukaneka yang menyeronokkan dan mudah dikendalikan khas untuk Mama semua. Ayuh kita lihat cara bermain dan bahan-bahan yang diperlukan.

21 Acara Sukaneka Sesuai Untuk Orang Dewasa dan Kanak-Kanak

#1 Imbangkan Botol

Kredit gambar: pusatsumberskbangsar.blogspot.com

Pertama sekali, isikan air hingga memenuhi suku bahagian botol dan peserta perlu berjalan ke arah garisan penamat dengan memastikan botol kekal di atas kepala. Peraturan dalam permainan ini ialah peserta atau orang lain tidak boleh memegang botol air ketika ia berada di atas kepala. 

Botol juga boleh digantikan dengan pundi kacang atau cawan plastik.

#2 Cari Gula-Gula Dalam Tepung

Cipta beberapa kumpulan dengan bilangan pemain tiga orang ke atas. Kemudian, satu pemain perlu mencari gula-gula yang disorokkan ke dalam tepung tanpa menggunakan tangan. Kumpulan dengan bilangan gula-gula terbanyak dinobatkan juara.

Bahan yang diperlukan:

#3 Bergerak Dengan Batu Bata

Kredit gambar: Relaks Minda

Ini ialah permainan individu jadi memadai dengan satu orang pemain sahaja. Pemain perlu bergerak ke garisan penamat dengan sambil memijak di atas dua batu batu untuk kaki kanan dan kaki kiri. Individu paling cepat sampai di garisan penamat dianggap pemenang. 

Batu batu juga boleh digantikan dengan alat lain yang lebih ringan. 

#4 Isi Air Dalam Botol

Kredit gambar: AkuBiomed

Acara sukaneka ini bebas disertai secara berkumpulan atau berseorangan sahaja. Caranya, peserta perlu penuhkan air di dalam botol ai menggunakan span.

Untuk lebih menarik, sumber air diperolehi dari dalam baldi di depan atau belakang tempat mengisi air ke dalam botol. Bukan apa Mama, lagi banyak halangan, lagi syok kan. 

Bahan-bahan diperlukan:

#5 Golekkan Bola Dengan Hula Hoop (Gelung Hula)

Kredit gambar: tatimansur.com

Acara sukaneka yang seterusnya sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa juga tau. Peserta perlu menggolekkan bola menggunakan gelung hula dan mengelilingi kon dan kembali ke garis mula agar permainan boleh diteruskan oleh pemain lain. 

Bahan-bahan diperlukan:

#6 Ping Pong Dalam Sudu

Kredit gambar: adamantiumfatihamsyar.blogspot.com

Imbang bola dengan sudu dan berjalan ke hujung garisan penamat. Untuk meningkatkan tahap kesukaran, letakkan pundi kacang di atas kepala dan pastikan kedua-dua bola dan pundi kacang tidak jatuh apabila bergerak ke penamat. 

Permainan ini bola dimain secara berkumpulan dengan jumlah peserta lima orang setiap kumpulan. 

Bahan-bahan diperlukan: 

#7 Kerusi Muzik (Music Chair)

Kredit gambar: puterikurekure.wordpress.com

Permainan ini sesuai dimainkan kepada maksimum 15 orang. Pertama sekali, kerusi akan disusun dalam bentuk bulatan. Peserta akan mengelilingi kerusi apabila muzik mula dimainkan.

Seterusnya, peserta perlu serta merta duduk di kerusi apabila muzik dihentikan. Peserta yang gagal mendapatkan kerusi akan dikeluarkan dari permainan. 

#8 Boling Kelapa

Kredit gambar: Twitter

Susun botol menjadi piramid seperti susunan pin boling. Pemain akan membaling kelapa ke arah botol untuk menjatuhkan kesemua botol tersebut. Pemain yang lebih dahulu meruntuhkan piramid ialah pemenangnya. 

Bahan-bahan diperlukan: 

#9 Radio Rosak

Kredit gambar: sayacikguzahidi.blogspot.com

Dalam satu kumpulan dengan bilangan pemain 10 orang akan berbaris untuk menyampaikan mesej yang diberikan kepada orang pertama dalam barisan.

Mesej disampaikan tanpa suara, jadi peserta perlu menggunakan isyarat seperti gerak tangan. Orang terakhir perlu memberitahu kandungan mesej tersebut. Jika benar, maka kumpulan tersebut telah pun menang.

#10 Teka Ayat/Benda

Acara sukaneka ini perlu dimainkan oleh sekurang-kurangnya dua orang orang pemain. Seorang peserta akan ditunjukkan beberapa gambar. Selepas itu, dia akan melakonkan beberapa gerakan untuk membantu peserta yang satu lagi meneka gambar tersebut dengan tepat. 

Bahan-bahan diperlukan: 

#11 Dart Belon

Kredit gambar: yaniepedia.com

Lekatkan belon berisi konfeti ke dinding. Seterusnya, peserta perlu membaling dart untuk meletupkan belon itu. Oh ya, tidak semua belon diisikan konfeti, jadinya peserta perlu terus membaling dart hingga berjaya meletupkan belon berisi konfeti. 

Permainan ini sesuai dimainkan untuk lima orang dalam satu kumpulan. 

#12  Ping Pong Dalam Kotak Telur

Kredit gambar: shidotdotcom.blogspot.com

Tiga kotak telur akan diwarnakan di beberapa tempat dengan warna-warna yang berlainan. Setiap pemain hendaklah membaling bola ping pong ke dalam kotak telur. Setiap warna pada kotak telur diberikan markah yang berbeza. Apabila kesemua 12 biji bole ping pong telah dibaling, kira jumlah markah yang diperolehi. 

Bahan-bahan:

#13 Belon Air

Kredit gambar: shidotdotcom.blogspot.com

Permainan ini boleh dimainkan secara berkumpulan dalam bilangan lima hingga tujuh orang. Langkah pertama, belon hendaklah diisikan air. Kemudian dalam barisan, pemain perlu memindahkannya dari satu orang ke satu orang yang lain. 

Setiap peserta perlu menjarakkan kedudukan mereka. Kemudian orang di depan perlu membaling belon ke belakang sambil disambut orang dibelakang. Jika gagal, ulang semula langkah ini dari awal. 

Bahan-bahan:

#14 Apit Bola

Kredit gambar: rentbranson.com

Setiap kumpulan disertai oleh dua orang. Dalam keadaan saling membelakangi keduanya, bawa bola dari tempat mula hingga garisan penamat. Bola itu tidak boleh jatuh ke tanah, jika tidak peserta perlu mengulanginya semula dari garis permulaan. Kumpulan pertama sampai akan menjadi pemenang. 

#15 Tarik Upih

Kredit gambar: Harian Metro

Acara sukaneka yang seterusnya ini ialah permainan tradisional tapi seronok juga kalau dijadikan aktiviti semasa hari keluarga atau acara team building

Cara bermain ialah dengan seorang peserta menarik pelepah kelapa manakala seorang lagi duduk di atasnya. Maka sesiapa yang sampai dahulu di garisan penamat ialah juara untuk acara sukaneka ini. 

Oh ya, selain upih Mama juga boleh menggunakan tikar untuk permainan ini.

#16 Lari Dalam Guni

Kredit gambar: Abdul Hakam Jahidin / Shutterstock.com

Cara bermain acara sukaneka ini sangat mudah. Setiap peserta perlu berlari atau berjalan dalam keadaan kedua-dua kakinya berada di dalam guni. Macam-macam gelagat dapat dilihat pada setiap peserta untuk memenangi acara ini. 

Permainan ini sesuai dimainkan secara individu atau berkumpulan dengan bilangan tiga hingga lima orang. 

#17 Biskut Gantung

Kredit gambar: skkiandongo.blogspot.com

Pemain perlu makan sekeping biskut atau buah yang diikat pada aras bibir sehingga habis sambil kedua-dua tangannya diikat dibelakang. Acara sukaneka ini boleh dipertandingkan secara individu dan bilangan pemain yang dicadangkan ialah 10 orang. Orang pertama berjaya menghabiskan biskut tersebut akan menjadi juara. 

Bahan-bahan diperlukan:

#18 Limbo Kayu

Kredit gambar: Depositphotos

Cara bermain aktiviti sukaneka ini ialah setiap orang hendaklah melepasi palang kayu dengan cara meleding. Ketinggian kayu akan direndahkan selepas semua peserta melewati palang tersebut.

Peserta yang gagal akan dikeluarkan dari permainan. Juara permainan ini ialah pemain yang berjaya melepasi paras palang kayu paling rendah. 

#19 Lompat Tikus

Kredit gambar: Twitter

Kalau ikut idea asal lompat tikus ialah peserta perlu melepasi halangan yang dibina oleh dua orang. Halangan yang dibina ialah daripada susunan tapak tapak sahaja. 

Namun untuk kita menjadikan permainan ini lebih mencabar, apa kata kita susun tin kosong dan pemain perlu melompat diatas menara tin tersebut.

Jika ada tin yang jatuh maka pemain dianggap gagal. Begitulah seterusnya hingga ada yang melepasi menara tin paling tinggi sekali. 

#20 Tiup Bola 

Kredit gambar: allfortheboys.com

Aktiviti ini menarik buat Mama Siti. Sebabnya, bola ping pong yang ringan mudah untuk bergerak ke sana-sini. Pemain pula perlu kreatif mencari cara untuk memasukkan bola tersebut ke dalam cawan plastik yang dilekatkan di hujung meja. 

Acara sukaneka ini sesuai dimain oleh 2 orang pemain. Pemain yang terawal memasukkan bola ke dalam semua cawan plastik dianggap pemenang. 

#21 ‘Move That Hula Hoop

Idea permainan yang seterusnya ialah aktiviti berkumpulan. Acara sukaneka ini sangat sesuai untuk sesi bina diri atau ‘team building’. Cipta kumpulan dengan bilangan peserta 10 orang.

Kemudian, semua peserta perlu berpegangan tangan. Selepas itu, gelung hula yang diletakkan pada orang pertama perlu dipindahkan ke orang seterusnya hinggalah kembali kepada orang pertama. 

Permainan ini hanya memerlukan 10 orang pemain dengan satu gelung hula untuk setiap kumpulan. 

Acara sukaneka memang wajar diadakan ketika hari keluarga dan ‘team building‘. Selain memeriahkan suasana, banyak manfaat yang diperolehi ketika melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.


Jom cuba pelbagai aktiviti untuk keluarga dan team building yang lain di SINI.