KelabMama

ABADIKAN KENANGAN DENGAN LOVE STORY BOOK BOOK

Detik indah akan berlalu sekiranya tidak dirakam melalui foto atau video sebagai tanda kenang-kenangan sekaligus memahat memori untuk dikongsikan bersama keluarga dan generasi akan datang. Menjadi amalan kebiasaan, setiap kenangan bersama keluarga, kelahiran bayi, bercuti bersama rakan, saat bergraduasi, berkahwin dan semasa menyambut perayaan merupakan antara momen indah yang sering dirakamkan dalam sekeping foto.

 

            Merentasi zaman, pelbagai teknik dan idea pencetakan foto telah diperkenalkan dan telah memberi pilihan kepada masyarakat untuk tampil berbeza dengan foto kenangan mereka. Namun, di sebalik perkembangan industri pencetakan, konsep foto dan album masih relevan sebagai medium pengabadian foto sebagai koleksi simpanan peribadi sehingga hari ini. Tambahan, sudah menjadi trend generasi hari ini khususnya golongan urban yang mahukan sentuhan unik dalam hal berkaitan peribadi. Sekeping gambar mampu mengungkap pelbagai kisah dan ia akan lebih kekal melalui cetakan yang mempunyai jalan cerita.

 

            Usah biarkan kenangan indah berlalu begitu sahaja. Abadikan dalam bentuk album, buku bergambar, slideshow atau e-book. Di Love Story Book Book ada menawarkan perkhidmatan tersebut dengan harga yang terbaik untuk anda.

 

 

Ikut Citarasa

 

            Pelbagai variati konsep, kulit album dan kulit halaman tersedia mengikut pilihan warna, jenis, dan bajet anda. Antaranya seperti Photobook Series (Soft cover, Imagewrape Hardcover & Debossed Hardcover), Photo Album Series (Imagerape Photo Album, Leather Photo Album & Crystal Photo Album), e-Book dan Slideshow. Crystal Hardcover Album menjadi pilihan tertinggi pelanggan kerana ia memberikan keunikan istimewa iaitu lapisan lutsinar kaca menjadi kulit album dihiasi foto kenangan pelanggan. Lapisan kaca ini ditempah khas menjadi bingkai menutupi lapisan kulit album, agar ia lebih tahan lama di samping memberikan impak dramatik terhadap setiap momen di dalamnya.

 

Tempah Sekarang!

 Facebook Love Story Book Book! klik di sini

 

Kelainan Love Story Book Book

            Pada peringkat permulaan, setelah pelanggan memilih konsep dan saiz yang mereka mahukan, Love Story Book Book akan mula melihat kesesuaian resolusi gambar yang dikirim melalui emel oleh pelanggan. Team Love Story Book Book akan menghubungi pelanggan sekiranya anda memilih untuk menghasilkan album gambar dalam bentuk penceritaan. Mereka akan membantu pelanggan untuk menggarap dengan indah kisah bergambar yang ingin pelanggan bukukan. Bahasa yang boleh diguna pakai untuk setiap kisah yang ingin dikongsikan di dalam album bergambar ini adalah Bahasa Malaysia, English dan Mandarin. Seterusnya gambar akan disusun mengikut pelan cerita yang pelanggan mahukan untuk konsep story telling manakala bagi gambar, akan dipadankan mengikut ukuran dan jumlah di setiap album penceritaan.

 

            Harga bermula serendah RM50 sahaja. Hasil kerja Love Story Book Book akan siap sepenuhnya dalam tempoh kurang 10 hari waktu bekerja mengikut jenis pakej yang ditempah dan akan terus dihantar ke pintu rumah pelanggan.  Facebook Love Story Book Book :  klik di sini https://www.facebook.com/lovestorybookbook/

 

 

Love Story Book Book akan coretkan setiap kenangan indah anda. Kongsikan kisah anda dengan Love Story Book Book, jadi ia sebuah hadiah yang tidak dapat dilupakan. Abadikan detik anda bersama Love Story Book Book……

 

Untuk Maklumat Lanjut Hubungi: