KelabMama

9 Rahsia Tarikh Lahir Lelaki Yang Patut Anda Tahu

9 Rahsia Tarikh Lahir Lelaki Yang Patut Anda Tahu

Sukar nak cari pasangan yang sesuai? Bimbang nak bina hubungan? Yalah, mesti anda mahukan hubungan yang kekal hingga ke jinjang pelamin kan? Tak apa, Mama Siti boleh bantu anda dengan rahsia tarikh lahir lelaki yang bakal Mama Siti kongsikan ni. Senang untuk anda cari pasangan yang sesuai dengan karakter diri anda.

Rahsia Tarikh Lahir Lelaki

1. Jika pasangan anda lahir pada 1hb, 10hb, 19hb dan 28hb dalam mana-mana bulan.

Lelaki daripada golongan ini sangat cerdik, jujur dan berterus-terang dalam perhubungan. Mereka seorang yang berdikari, berkeyakinan dan mempunyai sikap memimpin. Mereka juga boleh dibawa berbincang dan mudah menerima pendapat orang. Namun begitu, mereka sangat cemburu ketika dalam hubungan dan biasanya mereka akan menyimpan dendam yang agak lama.

2. Jika tarikh lahir pasangan anda pada 2hb, 11hb, 20hb dan 29hb dalam mana-mana bulan.

Lelaki dalam kategori ini kurang berkeyakinan pada diri sendiri walaupun orang di sekeliling mempercayainya. Untungnya, mereka seorang yang cintakan keamanan dan sifat tanggungjawab terhadap keluarga. Namun, lelaki ini suka diramal soal hatinya kerana mereka lebih gemar berdiam diri.

3. Jika pasangan anda lahir pada 3hb, 12hb, 21hb dan 30hb dalam mana-mana bulan.

Seorang yang gemarkan kebebasan, kuat agama dan akan berusaha keras untuk mendapatkan kejayaan. Lelaki ini sangat menghormati orang tua dan penuh dengan sikap budi pekerti. Namun, dalam lembutnya, si dia ini seorang yang pentingkan diri. Namun, jika anda jatuh hati padanya, usah bimbang! Si dia seorang yang mudah membina hubungan untuk jangka masa yang panjang.

4. Jika tarikh lahir pasangan anda pada 4hb, 13hb, 22hb dan 31hb dalam mana-mana bulan.

Lelaki jenis ini seorang yang berbakat dalam bidang seni. Dia seorang yang sangat mementingkan orang lain dan suka membantu sehingga sering menjadi mangsa. Dia sering digunakan oleh orang lain yang hanya ingin mengambil kesempatan di atas kebaikan si dia. Namun ada ketika si dia akan bersifat sangat tegas!

5. Jika pasangan anda lahir pada 5hb, 14hb dan 23hb dalam mana-mana bulan.

Lelaki yang lahir pada tarikh ini sangat popular dan paling diminati dalam kalangan teman wanitanya! Sikapnya yang kelakar dan baik hati sangat disenangi keluarga dan rakan-rakan. Untungnya siapa yang dapat si dia ni. Dahlah kacak, setia pula tu. Memang jenis yang serius dalam percintaan!

6. Jika tarikh lahir pasangan anda pada 6hb, 15hb dan 24hb dalam mana-mana bulan.

Disebalik sikapnya yang suka berseronok, si dia juga seorang yang mengambil berat tentang keluarganya. Lelaki golongan ini sangat pandai dalam pengurusan perniagaan. Biarpun gemar bersosial, si dia seorang yang setia!

7. Jika pasangan anda lahir pada 7hb, 16hb dan 25hb dalam mana-mana bulan.

Lelaki ini seorang yang realistik dan sangat menggemari bidang muzik, nyanyian dan seni. Dalam hubungan cinta pula, mestilah lelaki seni ini seorang yang romantik! Si dia ini sering letakkan keluarganya di tempat yang paling tinggi, kadang-kadang sehingga mengabaikan kebahagiaan sendiri. Namun begitu, sikap panas barannya sering menyebabkan cinta si dia putus di tengah jalan. 

8. Jika tarikh lahir pasangan anda pada 8hb, 17hb dan 26hb dalam mana-mana bulan.

Seorang yang suka habiskan masanya bersama rakan-rakan. Sangat berdisplin dalam hidup, tak mudah putus asa dan berani. Dia juga kuat dan tabah dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Si dia seorang yang sukar mengalah dan akan memperjuangkan cintanya untuk mendapatkan kebahagiaan.

9. Jika pasangan anda lahir pada 9hb, 84hb dan 27hb dalam mana-mana bulan.

Si dia seorang yang sangat dihormati dalam masyarakat. Seorang anak yang taat dan patuh serta menghormati kedua ibu bapa. Sikap ramah dan ringan tulang menyebabkan ramai yang senang dengan kehadirannya. Dalam percintaan pula, pastinya si dia seorang yang sangat penyayang dan baik hati. Untungnya!

Sumber: baituljannah

BACA JUGA NAMA BAYI LELAKI – GABUNGAN NAMA MODEN & KLASIK

Pesanan Mama Siti:

Sekarang dah tahu nak cari pasangan yang mana kan? Tapi jangan pula terlalu bergantung dengan info yang Mama Siti kongsikan ni. Kena ingat yang jodoh, ajal, maut ni di tangan Tuhan. Jadi kalau anda dah jumpa dengan pasangan atau orang kata your other half lah katakan, jaga hubungan tersebut. Jangan kerana kesilapan yang kecil, hubungan jadi retak. Apa-apa pun, Mama Siti ucapkan semoga berbahagia!