KelabMama

8 TANDA HAMPIR BERSALIN YANG MAMA PERLU TAHU!

Ini antara tanda-tanda bersalin yang perlu mama ambil tahu. Kadangkala ada juga ibu yang sudah berpengalaman melahirkan anak tetapi masih kurang pasti dengan tanda bersalin yang hadir. Itu tidak menjadi kesalahan, kerana setiap kelahiran proses sebelum kelahiran setiap anak adalah berbeza. Take note ini ya!

Sakit belakang merupakan sakit yang paling kerap dialami oleh ibu hamil. Ia juga merupakan salah satu tanda awal kelahiran yang akan ibu alami. Sakit belakang ini akan semakin lama semakin kerap dan kuat dirasai di bahagian bawah belakang. Keadaan ini berlaku kerana bayi bergerak menurun dan menolak tulang belakang. Untuk mengurangkan sakit belakang, ibu boleh meminta suami untuk mengurut bahagian bawah belakang secara lembut.

Ia merupakan tanda terpenting yang menunjukkan isyarat sudah tiba masa untuk bersalin. Kontraksi adalah rasa tegang pada bahagian tengah perut sehingga ke ari-ari. Sekiranya tanda ini muncul, ibu perlu mencatat jarak masa dan memerhati kekerapan sakit yang dialami. Kontraksi sebenar berlaku secara teratur pada jarak yang konsisten. Jika semakin lama semakin panjang tempoh kontraksi (tempoh sakit perut mengeras) iaitu dalam masa 20 hingga 45 saat dan semakin kerap dirasai, segeralah ke hospital. Terdapat juga kontraksi palsu (Braxton Hicks). Cara mengenalpastinya adalah ianya kurang menyakitkan, tidak teratur dan lama kelamaan hilang.

Ia merupakan tanda berupa lendir pekat bercampur darah yang keluar melalui faraj. Lendir ini merupakan “gam” yang keluar daripada laluan pintu rahim apabila serviks mula menipis. Tanda ini menunjukkan bayi sudah bersedia untuk bergerak ke saluran peranakan. Jika ibu mengalami tanda sebegini, ibu tidak perlu tergesa-gesa ke hospital kerana tanda seperti ini mengambil masa beberapa hari untuk bersalin.

Pecah air ketuban berlaku apabila ada lelehan air yang banyak yang mengalir keluar dari faraj tanpa mengalami rasa ingin membuang air kencing. Air ketuban selalunya berwarna jernih dan tidak berwarna. Sekiranya air ketuban didapati berwarna hijau, itu menandakan bayi telah pun membuang air besar di dalam kandungan. Jika ibu mengalami tanda ni, sebaik-baiknya berangkatlah segera ke hospital untuk pemeriksaan. Terdapat satu situasi lagi iaitu “leaking”. Perbezaan leaking dgn pecah air ketuban adalah kuantiti air yang lebih sedikit. Kedua-dua situasi ini tidak boleh dibiarkan lama. Ibu perlu segera ke hospital kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman. Menurut kajian kebanyakan ibu tidak tidak mengalami pecah air ketuban sehingga saat-saat akhir bersalin dan yang kerap berlaku adalah doktor yang akan memecahkan ketuban untuk mempercepatkan proses bersalin.

Apabila kontraksi bermula, pangkal rahim akan menjadi lembut dan menipis. Pemeriksaan bukaan pangkal rahim dijalankan dengan melakukan prosedur VE (vagina examination) iaitu doktor akan memasukkan jari dan mengukur bukaan pangkal rahim dalam skala 1cm sehingga ke 10cm.

Oleh kerana bayi sudah mula turun ke bawah, ia akan memberi tekanan kepada saluran membuang air besar. Sesetengah ibu akan mengalami rasa hendak membuang air besar. Ibu dinasihatkan agar berhati-hati untuk mengelakkan ter-bersalin di dalam tandas.

Apabila bayi mula bergerak turun, susah pasti ia akan menekan pundi kencing. Atas sebab ni ibu akan kerap merasa ingin kencing.

Apabila memasuki minggu ke-38 pada tempoh kehamilan, perut yang membuncit akan perlahan-lahan turun. Ini menjadikan ruangan abdomen sebelah atas seakan-akan kosong. Keadaan ini menunjukkan yang bayi sudah mula turun ke bawah dan memasuki saluran peranakan.

Pre-Labour: 1 hingga 4 minggu sebelum bersalin

BABY “JATUH”

Beberapa minggu sebelum melahirkan, kedudukan baby semakin ke bawah. Kepala baby akan mula engaged dengan tulang pelvik kita sedikit demi sedikit. Pada waktu ini ibu akan mudah terasa nak membuang air kecil seperti pada Trimester Pertama kerana kepala baby menekan pada pundi kencing. Berita baiknya pula, ibu dah boleh bernafas dengan agak mudah kerana ruang atas dah semakin kosong

“LALUAN” MULA TERBUKA (DILATES)

Serviks juga semakin menipis dan semakin terbuka sebagai persediaan untuk melahirkan. Ada sesetengah hospital akan melakukan pemeriksaan bukaan setiap kali check-up dan ada juga yang tidak. Jangan rasa bimbang sekiranya anda hampir dengan due date tetapi tiada bukaan langsung. Ini kerana setiap orang adalah berbeza keadaannyA. Anda akan kerap rasa cramp dan juga sakit belakang yang agak kuat. Terutamanya sekiranya ini bukanlah anak yang pertama, anda akan rasa semakin sakit di bahagian belakang bawah. Otot dan semua joint akan melonggar dan bergerak sebagai persediaan untuk melahirkan

SEMUA SAMBUNGAN (JOINTS) PADA BADAN SEPERTI LONGGAR.

Sepanjang tempoh kehamilan, hormon relaxin yang dirembeskan akan menyebabkan semua ligamen menjadi lembut dan longgar. Semakin hampir dengan due date, anda akan dapat merasakan bahagian badan anda semakin melonggar. Jangan risau, ini adalah sebagai persediaan untuk memberi laluan kepada si kecil anda.

BERAT BADAN ANDA TIDAK AKAN BERTAMBAH (ATAU BERKURANG)

Menjelang akhir kehamilan, anda tidak akan bertambah berat badan dan mungkin ada juga yang kehilangan berat badan. Tapi jangan risau, baby masih bertambah berat badannya. Cuma air ketuban kita (amniotic fluid) semakin berkurangan, serta kekerapan kita ke toilet untuk membuang air akan mengurangkan berat badan.

ANDA AKAN MENGALAMI CIRIT-BIRIT.

Memandangkan semua otot berada dalam keadaan relax, begitu juga otot pada rectum. Ini menyebabkan aktiviti pada usus besar melonggar dan menyebabkan cirit birit. Walaupun rasa tak selesa, harus diingat ini adalah petanda baik. Banyakkan minum air untuk kekal hidrate ye. Anda akan rasa sangat letih dan rasa nak berehat sentiasa. Dengan perut yang memboyot, badan lesu tidak bermaya menyebabkan anda berasa sangat letih. Tidur malam pon tak lena. Sekiranya anda mempunyai peluang diwaktu siang untuk berehat, just have a good nap ye.

 

Early Labour: Beberapa jam sebelum bersalin

ANDA MENGALAMI CONTRACTION YANG SANGAT KUAT DAN KERAP.

Contraction adalah tanda awal bagi active labour. Kecuali Braxton Hicks. Bagaimana nak bezakan antara contraction sebenar dengan yang palsu (Brixton Hicks) ni:

 

CONTRACTION PROGRESS: SEMAKIN KERAP DAN SEMAKIN SAKIT. DAN KADANGKALA MEMPUNYAI RENTAK TERTENTU.

 

PECAH AIR KETUBAN

Hanya 15% dari ibu hamil akan mengalami air ketuban pecah, jadi jangan ambil ini sebagai satu-satunya tanda anda dah nak bersalin ye.  Bila air ketubandah pecah, cepat-cepat ke hospital, kerana semakin lama anda bertahan, lagi bahaya kerana baby mudah terkena jangkitan sekitanya perkara ini terjadi. Sekiranya ibu mengalami tanda-tanda seperti yang di atas, bersiap sedialah ye. Jangan sampai terlewat ke Hospital yang berhampiran kerana ia boleh membahayakan nyawa kedua-dua ibu dan baby. Jangan dilupa juga kelengkapan untuk dibawa ke hospital.

 

 

 

Sumber: ibuzarith.com