KelabMama

8 SEBAB KENAPA ANAK-ANAK WAJIB BERMAIN DI PUSAT INOVASI KIDDOMO UNIVERSE @ THE STARLING MALL, PETALING JAYA

Hujung minggu dan cuti sekolah merupakan masa yang terbaik untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga. Masa untuk ‘me time’ pun dah kurang. Sekarang dah beranak-pinak, masa dan tumpuan beralih kepada suami dan anak-anak. Tinggalkan sekejap tekanan kerja, apa kata anda bawa anak-anak bergembira di Kiddomo Universe?

Kiddomo Universe yang terletak di The Starling Mall, Petaling Jaya bukan sekadar tempat bermain untuk kanak-kanak tau! Sebaliknya, ia umpama sebuah ‘syurga’ untuk anak-anak. Kiddomo Universe merupakan sebuah ‘playland’ atau taman permainan ‘indoor’ pertama di Malaysia yang menggunakan konsep yang sangat istimewa! Kiddomo Universe menawarkan pelbagai jenis permainan dengan konsep teknologi yang sangat berinovasi. Aktiviti yang disediakan dapat membantu meningkatkan daya imaginasi dan deria rangsangan kanak-kanak.

Menjadi Avatar Impian di Selfie World

Selepas pembayaran tiket dibuat, anda dan anak-anak bakal diberikan satu ‘wristband’ elektronik. Seperti taman tema yang lain, ‘Wristband’ ini harus dipakai sepanjang berada di Kiddomo Universe ini. Kemudian, anak-anak harus ‘selfie’. Bukan ‘selfie’ macam biasa dekat telefon kita tu ye, tapi selfie untuk menghasilkan avatar mereka sendiri, di Selfie World. Terdapat pelbagai pilihan kartun, karakter dan jenis pekerjaan yang disediakan. Antaranya ialah, polis, doktor, bomba, naga, mahupun ahli sihir! Selfie, masukkan nama samaran, dan segala informasi akan disimpan dalam sistem dan wristband yang dipakai. Avatar tersebut akan menjadi identiti anak-anak sepanjang bermain di Kiddomo Universe. Apa yang Mama harus buat ialah pamerkan wristband anak-anak disetiap ruang aktiviti yang ada di sini.

5 Aktiviti Menarik yang WAJIB Anak-anak Cuba

1. Art Box

Di Art Box, anak-anak bakal disajikan dengan skrin sentuh yang besar di mana mereka boleh menghasilkan lukisan mereka sendiri. Apa yang lagi menarik, buat pertama kalinya, mereka diberi lesen untuk menambah kreativiti mereka di atas lukisan-lukisan yang terkenal seperti Mona Lisa, the Scream dan sebagainya.

2. Dino Discovery

Secara dasarnya ia mungkin kelihatan seperti ruang permainan ‘indoor’ yang lain. Dalam lautan bola plastik hijau kuning sebenarnya terdapat pelbagai spesies telur dinosaur! Jadi, anak-anak bukan simply main je tau di kawasan ini. Sambil bermain, mereka harus mencari telur dinosaur tersebut dan seterusnya dibawa ke ‘Dinosaur Discovery Centre’. Di sini, telur dinosaur yang dijumpai akan dibiarkan ‘menetas’ untuk anak-anak belajar jenis dinosaur yang mereka jumpa. Tetapi kalau nasib malang, mungkin ada yang dapat telur yang kosong ye.

3. Ocean Alive & Toon Planet

Terletak di ruang yang gelap dengan paparan ‘projektor’ animasi hidupan laut yang besar, Ocean Alive bakal memberikan satu pengalaman baru buat anak-anak anda. Mereka boleh melukis apa sahaja hidupan laut kegemaran mereka dan lihat bagaimana lukisan yang sebelumnya 2D, boleh menjadi animasi 3D di paparan skrin projektor tersebut; bersama ‘hidupan laut’ yang lain! Cool sangat dekat sini tau!

Ruang Toon Planet di Kiddomo Universe pula boleh menukarkan lukisan 2D di atas kertas putih dicetak dan menjadi model 3D sebenar! Haa dekat dua bahagian ini lah anak-anak bakal menggunakan segala deria dan mengasah ‘critical thinking skills’ mereka.

4. Magic Mirror & Magic Academy

Anak-anak harus scan wristband mereka untuk mempamerkan avatar yang mereka pilih di ruang Selfie World tadi. Di Magic Mirror, mereka harus mengawal avatar mereka mengikut rentak badan mereka sendiri & memecahkan belon di skrin sebanyak yang boleh.

Magic Academy pula membolehkan anak-anak menjadi seperti Harry Potter! Mereka boleh menghasilkan magik mereka dengan menggunakan ‘wand’ digital yang disediakan untuk bermain permainan interaktif ini.

5. Musical Maestro & Karaokid

Disamping itu, Kiddomo Universe juga menyediakan aktiviti yang boleh mengasah bakat seni anak-anak anda. Anak-anak boleh menjadi ‘conductor’ orkestra yang hebat di Musical Maestro.

Karaokid pula merupakan bilik karaoke yang sangat cool kerana ketika anak-anak anda menyanyi, mereka bakal dirakamkan dan terhasil la satu muzik video tersendiri! Ibu bapa pun boleh turut serta tau.

Luna Slider

Luna Slider merupakan antara ruang aktiviti yang sangat cool di Kiddomo Universe. Bukan seperti gelongsor biasa, anak-anak pasti gembira bermain Luna Slider, ditemani bintang, objek, gula-gula dan bentuk yang pelbagai dan berwarna-warni. Bukan anak-anak je tau yang suka, ibu bapa pun akan turut excited ketika berada di bahagian ini!

Baby Gym

Khusus untuk kanak-kanak dibawah usia 5 tahun, Baby Gym dipenuhi barangan daripada jenama terkenal Weplay, dimana ianya telah direka khas untuk meningkatkan perkembangan holistik kanak-kanak Si comel bakal didedahkan dengan aktiviti yang bakal meningkatkan penggunaan fizikal dan minda mereka.

Musical Maze

Musical Maze merupakan tarikan terbaru dan terhangat di Kiddomo Universe! Anak-anak bagaikan berada di dalam sebuah ‘maze’ gelongsor, dibawah cahaya lampu-lampu neon yang memancar, sambil berseronok mengikuti rentak muzik yang bakal dimainkan. Musical Maze bakal membuatkan anak-anak terhibur, dimana mereka boleh bermain sambil bersenam!

Bestkan aktiviti yang ada di Kiddomo Universe ini? Banyak lagi tau aktiviti lain yang sangat menarik. Dengan harga yang berpatutan, Kiddomo Universe bakal memberikan pengalaman bermain sambil belajar yang terbaik untuk anak-anak. Selain meningkatkan kemahiran fizikal dan mental mereka, Kiddomo Universe juga mengajar anak-anak untuk belajar mencari penyelesaian sendiri, berfikir secara kreatif dan inovatif, serta meningkatkan daya imaginasi mereka yang amat berguna untuk masa hadapan.

Tiket Masuk

Kiddomo Universe

3rd Floor, Starling Mall,

Uptown Damansara Utama.

Masa Operasi: 10AM – 10PM

Website: Kiddomo Universe

Facebook: Kiddomo Universe