KelabMama

7 SEBAB HILANGNYA REZEKI SUAMI, ISTERI DAN KELUARGA

Sedangkan lidah lagikan tergigit, ini pula suami isteri. Itu merupakan antara perumpamaan yang menunjukkan keadaan ‘panas sejuknya’ perhubungan suami isteri. Dalam perkongsian perhubungan suami isteri, mesti ada rasa tidak puas hati yang terpendam menunggu masa untuk diluahkan atau perasaan marah dan kecil hati apabila tercuit sedikit perasaan akibat kata-kata yang keluar dari bibir pasangan. Ada pendapat mengatakan, tidak mengapa sekiranya pergaduhan itu dikatakan ‘gaduh-gaduh manja’, perkara seperti ini dapat mempererat hubungan dan membantu melahirkan perasaan yang telah lama terpendam. Namun, pasangan dinasihatkan agar mengelakkan berlakunya pertengkaran hebat yang menyebabkan perasaan amarah bertambah membara.

 

ELAK INI DALAM RUMAHTANGGA

 

  1. Sering Bergaduh.

Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan disekat…

 

  1. Merungut Dan Merasa Anak-Anak Sebagai Beban.

Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki ALLAH Ta’ala. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa terbeban.

 

  1. Selalu Mengeluh Sesama Suami Isteri Dengan Apa Yang Tidak Dimiliki.

Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah…

 

  1. Lokek Dengan Pasangan Dan Anak-Anak.

Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan kerana rezeki yang ALLAH Ta’ala beri adalah untuk dikongsi bersama.

 

  1. Gagal Mengawal Emosi Dan Amarah.

Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.

 

  1. Kurang Sabar.

Bersabarlah dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik. Banyakkan bersabar kerana sabar itu duit…

 

  1. Kurang Berdoa Dan Kurangnya Bertakwa Pada Allah.

Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa.

 

 

TIP DALAM MEMBANGUNKAN RUMAH TANGGA BAHAGIA

 

Kedengaran agak klise. Berkomunikasi dengan pasangan mungkin paling mudah, ya sekadar bercakap apa susahnya. Namun tanpa disedari, banyak masalah besar dalam rumah tangga muncul daripada hal yang paling mudah ini. Salah masa berbicara, intonasi, ketepatan kata-kata, salah faham memahami apa yang dibicarakan dan kurangnya komunikasi, semua itu boleh menimbulkan masalah. Kunci utama agar serasi dalam komunikasi tentu sama-sama memahami akan perbezaan antara suami dan isteri.

 

Salah satu rahsia membina kepercayaan dengan pasangan adalah saling berlaku jujur. Selalu jujur dan tunjukkan kejujuran pada pasangan, maka saling percaya akan terbina dengan mudah. Namun, ada juga orang yang susah sekali untuk mempercayai pasangannya, bahkan memiliki kecurigaan terlalu tinggi dan berprasangka buruk pada pasangannya. Untuk membina rasa percaya, saling mengingatkan, dan terbuka dengan pasangan adalah penting.

 

Pernikahan menyatukan dua orang berbeza kelamin, latar belakang keluarga, cara berfikir dan memiliki nilai-nilai yang berbeza – nilai-nilai dalam hidup, dalam rumah tangga, dalam mendidik dan mengasuh anak, dalam pendidikan anak dan sebagainya. Dalam hal ini, kembali melihat visi dan misi pada awal pernikahan, jadikan ini titik persamaan ketika membuat sebarang keputusan dalam rumah tangga. Sentiasa berbincang dalam mengawal perbelanjaan keluarga dan jangan membazir.

 

Meskipun sudah menikah maka tetaplah berbakti dan membahagiakan keluarga. Baik keluarga suami mahupun isteri. Keberkatan akan membuat rumah tangga menjadi bahagia.

 

 

 

Sumber: rahsiaperkahwinan.com