KelabMama

7 Persoalan Tentang Penjagaan Mulut Kanak-kanak Kini Terjawab Oleh Pakar

Foto Kredit: Adobe Stock

Secara umumnya, ibu bapa lebih mengambil berat tentang berat badan, ketinggian, akademik, dan perkembangan-perkembangan lain pada anak-anak. Ramai ibu bapa sering terlupa akan satu lagi perkara penting yang perlu dititikberatkan iaitu, kesihatan mulut anak mereka.

Tahukah Mama bahawa kanak-kanak dengan kesihatan mulut yang lemah, cenderung untuk tidak mencapai prestasi yang tinggi dan sering ketinggalan di sekolah?

Gigi yang sihat adalah komponen asas kesihatan mulut kanak-kanak. 

Oleh itu, adalah penting untuk memastikan anak-anak Mama memupuk tabiat penjagaan mulut yang sihat sejak kecil untuk menentukan tahap kesihatannya yang baik disamping mengelakkan masalah kesihatan yang disebabkan oleh keadaan gigi yang tidak baik.

SESI TEMUBUAL BERSAMA DOKTOR GIGI: DR. MELVIN SIA

Mari kita dengarkan jawapan daripada Dr. Melvin Sia, seorang doktor gigi terlatih yang berpengalaman lebih dari 10 tahun dan merupakan Pengasas dan Pengarah Klinik Pergigian M yang terletak di Damansara Utama dan juga pengasas bersama Smile Up Dental Group.

Dr. Melvin Sia

Dr. Melvin kongsikan tentang pandangannya dan juga menjawab segala persoalan mengenai amalan penjagaan mulut yang terbaik untuk kanak-kanak dan semua peringkat umur.

7 SOALAN POPULAR TENTANG KESIHATAN MULUT KANAK-KANAK

S1: Pada umur berapakah saya harus mula mengajar anak-anak memberus gigi?

Foto Kredit: Adobe Stock

Dr. Melvin: Memberus gigi boleh bermula sebaik sahaja gigi pertama bayi tumbuh, iaitu sekitar usia si manja 6 bulan. Mama hanya perlu menggunakan kain yang bersih dan lembap atau jari yang bersih untuk mengelap dan membersihkan gigi pertama dan bahagian depan lidah si manja.

Pada usia 18 bulan, Mama sudah boleh mula menggunakan ubat gigi fluorida bersaiz kacang hijau untuk memberus gigi anak.

Satu benda penting yang Mama harus ingat adalah untuk mengajar anak-anak untuk meludahkan ubat gigi tersebut dan tidak menelannya. Jangan lupa untuk bersihkan semua permukaan gigi dan gusi dua kali sehari – selepas sarapan dan juga sebelum tidur.

S2: Bilakah atau berapa kerap saya harus membawa anak berjumpa dengan doktor gigi?

Dr. Melvin: Mama boleh mula membawa anak-anak Mama berjumpa doktor gigi dalam tempoh 6 bulan setelah gigi pertama mereka tumbuh. 

Penting untuk mula berjumpa doktor gigi lebih awal agar kesihatan gigi anak anda terjaga sejak mereka masih kecil.

Lawatan pertama selalunya adalah untuk membiasakan anak anda duduk di kerusi bersama doktor gigi dan juga untuk memberi maklumat kepada ibu bapa mengenai cara menjaga gigi si manja dengan betul.

Sekiranya anak Mama beralih dari botol ke cawan dan tidak mengunyah atau minum di tengah malam, lawatan ke doktor gigi biasanya dilakukan sekali ketika bayi anda dalam lingkungi usia setahun hingga 2 tahun. Kebiasannya, ia bermula ketika cadangan pemeriksaan gigi setiap 6 bulan.

S3: Apakah jenis berus gigi yang paling sesuai untuk kanak-kanak?

Foto Kredit: Shutterstock

Dr. Melvin: Berus gigi yang disyorkan untuk anak-anak anda adalah berus gigi yang bersaiz kecil dengan pemegang panjang yang mudah dipegang oleh tangan mereka yang kecil.

Pilih berus gigi dengan bulu lembut (soft bristles) dan permukaan hujung yang bulat, kerana berus gigi jenis ini boleh membersihkan gigi anak dengan baik tanpa rasa kasar pada gusi mereka.

Pada usia 8 tahun, anak anda boleh menggosok gigi secara bebas dan anda boleh mula membeli berus gigi yang serupa dengan berus gigi dewasa tetapi mempunyai kepala yang lebih kecil dan pemegang yang lebih besar.

Bayi dan kanak-kanak yang masih kecil memerlukan bantuan ibu bapa semasa mereka memberus gigi. Anak-anak yang lebih tua pula dapat memberus gigi sendiri tanpa pengawasan. Dalam kedua-dua keadaan tersebut, pemegang berus gigi haruslah mudah digenggam dan mempunyai kepala yang lebih kecil.

S4: Apakah perbezaan antara ubat gigi orang dewasa dan kanak-kanak? Bolehkah kita yang dewasa menggunakan ubat gigi kanak-kanak atau bolehkah kanak-kanak menggunakan ubat gigi dewasa?

Dr. Melvin: Perbezaan utama antara ubat gigi orang dewasa dan kanak-kanak adalah kepekatan fluorida dalam ubat gigi tersebut. Ubat gigi kanak-kanak biasanya kurang fluorida.

Bolehkah kanak-kanak menggunakan ubat gigi dewasa yang biasa kita gunakan?

Ya, secara sederhana atau dalam jumlah yang terkawal. Walau bagaimanapun, kanak-kanak di bawah umur 3 tahun hanya boleh menggunakan secalit ubat gigi sahaja, sementara kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas harus menggunakan ubat gigi berukuran saiz sebiji kacang hijau.

S5: Mengapa ubat gigi anak-anak kita terasa manis?

Foto Kredit: Freepik

Dr. Melvin: Sesetengah ubat gigi kanak-kanak mengandungi pengganti gula, seperti “sodium saccharin” atau “isomalt”.

Kedua-dua bahan ini adalah bahan “non-cariogenic sweeteners” yang tidak menyebabkan kerosakan gigi dan menambah perisa pada ubat gigi. Walau bagaimanapun, “Isomalt” yang terkandung dalam ubat gigi mempunyai fungsi tambahan yang dapat membantu menguatkan enamel gigi.

S6: Adakah fluorida berbahaya bagi kanak-kanak?

Dr. Melvin: Fluorida merupakan sejenis mineral yang terkandung di dalam tulang dan gigi kita, dan juga terdapat secara semula jadi daripada air, tanah, tumbuhan, batu, dan udara. Fluorida biasanya digunakan dalam pergigian untuk meningkatkan kesihatan mulut kita.

Fluorida melindungi mulut kita dengan beberapa cara:

Pertama, ia membantu meningkatkan semula enamel gigi yang lemah dan melambatkan kehilangan mineral dari enamel gigi kerana penambahan mineral membantu menjaga enamel anda kekal kuat.

Kedua, fluorida membantu mengawal asid yang disebabkan oleh bakteria pada gigi dan menghakis permukaan gigi kita.

Fluorida dalam dos yang sesuai umumnya selamat untuk dimakan. Namun, apabila dimakan oleh kanak-kanak dalam jumlah yang lebih besar, ia boleh membawa lebih banyak bahaya daripada kebaikan.

Kanak-kanak yang mengambil terlalu banyak fluorida berisiko terkena fluorosis gigi.

Fluorosis gigi muncul sebagai rangkaian perubahan visual pada enamel seperti bintik-bintik putih dan perubahan warna pada permukaan gigi dan dalam beberapa kes, kerosakan fizikal pada gigi.

Ia sering terjadi disebabkan oleh pengambilan terlalu banyak fluorida semasa gigi masih terbentuk di bawah gusi.

Kanak-kanak berumur 8 tahun ke bawah lebih berisiko untuk mendapat fluorosis gigi kerana gigi kekal mereka masih dalam proses pembentukan. Oleh itu, adalah lebih penting untuk kita mengawasi anak-anak kecil semasa mereka memberus gigi supaya kita dapat memastikan mereka meludah dan tidak menelan ubat gigi yang digunakan.

S7: Adakah anak-anak saya harus menggunakan ubat kumur sebagai sebahagian daripada rawatan oral harian mereka? Bagaimana jika anak-anak saya secara tidak sengaja tertelan ubat kumur tersebut?

Foto Kredit: Adobe Stock

Dr. Melvin: Ya. Walau bagaimanapun, atas sebab keselamatan, hanya kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas disyorkan untuk mula menggunakan ubat kumur dibawah pengawasan orang dewasa.

Kanak-kanak dari kumpulan usia ini biasanya fungsi motor mereka telah meningkat dan boleh mengawal mulut mereka untuk membilas dan meludah dengan betul. Oleh itu, mereka mempunyai risiko yang lebih rendah untuk tertelan ubat kumur secara tidak sengaja.

Tetapi, dalam kebanyakan kes, tidak berbahaya sekiranya anak Mama tertelan sedikit ubat kumur.

Sekiranya Mama ingin menggunakan ubat kumur dalam penjagaan oral anak-anak, Mama haruslah melatih mereka berkumur dan meludah ubat kumur tersebut terlebih dahulu sehingga mereka boleh untuk tidak menelan ubat kumur semasa membilas.

Yang lebih penting, jangan lupa untuk letakkan ubat kumur tersebut jauh dari jangkauan anak-anak untuk mengelakkan daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini, di mana anak anda mungkin bermain atau menelannya secara tidak sengaja.

KEHIDUPAN YANG SIHAT BERMULA DENGAN PENJAGAAN MULUT YANG RAPI

Mulakan tabiat menjaga kesihatan mulut anak-anak sejak usia mereka masih muda.

Pastikan anak anda bermula dengan rutin penjagaan mulut yang baik ketika mereka masih muda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, zaman kanak-kanak yang lebih baik, dan lawatan ke doktor gigi yang kurang pada masa akan datang.

Untuk memastikan kesihatan mulut anak anda dilindungi secara optimum, dapatkan anak-anak anda dengan set produk penjagaan mulut yang betul, seperti SUNSTAR GUM, jenama penjagaan mulut no. 1 di Jepun.

Sunstar GUM Kids telah menghasilkan pelbagai produk penjagaan mulut untuk melengkapkan keperluan kebersihan mulut anak-anak anda setiap hari!

BERUS GIGI GUM KIDS

Dihasilkan dengan kerjasama bersama sebuah klinik pergigian di Jepun untuk memenuhi keperluan asas berus gigi untuk kanak-kanak, Berus Gigi GUM KIDS mempunyai bulu lembut, tetapi berkesan untuk menghilangkan plak pada kanak-kanak dengan gigi kekal yang masih tumbuh.

Berus Gigi GUM KIDS direka khas sesuai dengan mulut kanak-kanak dan didatangi dalam dua saiz yang berbeza: saiz kepala kecil dan pemegang yang lebih pendek untuk kanak-kanak berumur 3-6 tahun dan saiz kepala yang sedikit lebih besar dan pemegang yang lebih panjang untuk usia 7-12 tahun.

UBAT GIGI GUM KIDS

Dengan gabungan bahan unik yang dikenali sebagai “isomalt” dan “fluoride”, UBAT GIGI GUM KIDS membantu meningkatkan semula mineral gigi 4x lebih cepat, yang juga bermaksud 4x perlindungan* untuk gigi anak-anak yang lebih kuat!

Ubat Gigi GUM Kids yang juga direka khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak dari pelbagai peringkat umur, turut mengandungi kepekatan fluorida yang berbeza untuk perlindungan yang lebih kuat.

Ubat gigi untuk usia 2-6 tahun mengandungi kepekatan fluorida 498 ppm, sementara itu bagi usia 7-12 tahun, ia mengandungi kepekatan fluorida sebanyak 950 ppm.

Lebih baik lagi, ia juga didatangi dalam pelbagai perisa: Anggur dan Strawberi untuk 2-6 tahun dan Soft Mint untuk 7–12 tahun!

*Perbandingan ini dilakukan keatas ubat gigi fluorida biasa.

UBAT KUMUR GUM UNTUK KANAK-KANAK

Mama mempunyai anak berusia 6 tahun ke atas? Haa…inilah masanya untuk memperkenalkan mereka kepada Ubat Kumur Gum untuk Kanak-kanak sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan mulut harian mereka!

Mengandungi “Cetylpyridinium Chloride (CPC)” untuk membunuh bakteria yang menyebabkan plak dan kaviti dengan berkesan, bebas alkohol, mempunyai rasa buah-buahan dan pudina, dan Ubat Kumur GUM Anti-Bakteria untuk Kanak-kanak ini juga menawarkan perlindungan yang tahan lama dengan setiap penggunaan harian.

Ubat Kumur GUM untuk Kanak-kanak disyorkan untuk:

Oleh itu, galakkan anak-anak Mama untuk membilas mulut mereka dengan Ubat Kumur GUM Untuk Kanak-kanak selepas mereka menjamah pemanis mulut untuk melawan kaviti jahat!

Jangan lupa untuk membeli berus gigi, ubat gigi, dan ubat kumur GUM KIDS ketika Mama ke Guardian dan AEON WELLNESS.

Sekiranya anda lebih suka membeli produk GUM KIDS secara dalam talian, anda boleh melakukannya dengan membelinya DI SINI!

Artikel ini telah diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.