KelabMama

5 Tips Untuk Mama Bantu Si Manja Minat Belajar

learning

Kredit Foto: Adobe Stock

Si manja asyik hilang fokus? Termenung? Sesetengah kanak-kanak memang suka ke sekolah, minat belajar dan markah pun selalu tinggi! Tetapi ada juga kanak-kanak tak minat nak belajar dan tak boleh fokus untuk belajar.  Jangan risau mesti ada tips untuk mama bantu si manja minat belajar.

Mama Siti faham ramai ibu bapa yang risau bila anak tak mahu belajar. Penting untuk Mama tahu, kadang-kadang bila anak berperangai begini hanyalah fasa kanak-kanak ketika membesar, tetapi kalau tak lakukan apa-apa tindakan mungkin akan memudaratkan! 

Tanda-Tanda Si Manja Tak Minat Untuk Belajar:

Kredit Foto: Adobe Stock

Tetapi, kita kenalah tahu apa punca dan sebab si manja kurang minat untuk belajar berbanding pelajar lain. Masa anak Mama Siti berumur 7 tahun, dia sering tak mahu belajar dan ke sekolah. Asyik-asyik mengadu sakit perut, nak tidur dan gementar. Rupa-rupanya dia dibuli di sekolah! Haaa, jadi kita kenalah tahu sebab si manja tak mahu belajar. 

Sebab-Sebab Si Manja Mula Tak Mahu Belajar:

Kredit Foto: Adobe Stock

Ada banyak lagi punca anak-anak tak mahu belajar dan ianya mengikut kepada pengalaman sendiri. Tak semua sebab di atas menjadi punca yang menyebabkan mereka kurang minat belajar. Mama mesti risau kan? Ramai yang bertanya, apa yang mereka harus lakukan bila perkara macam ini berlaku. 

Pertama sekali, Mama Siti akan cadangkan untuk jumpa pakar untuk dapat nasihat yang profesional. Tetapi kalau Mama ingin cuba beberapa tips ini sebelum membuat tindakan yang lebih serius, boleh la follow tips ini.

5 Tips Bantu Si Manja Minat Belajar!

1) Ketahui Minat Mereka

Kredit Foto: Adobe Stock

Ramai ibu bapa yang suka memaksa anak untuk melakukan perkara yang mereka tak suka. Cuba kita fikirkan, kalau kita sendiri pun disuruh untuk buat benda yang kita tak minat, mesti kita tak boleh buat kan? Setiap pembelajaran itu haruslah datang daripada minat yang tersendiri. Kalau tak ada minat, macam mana nak buat? Haa, kita kena faham yang setiap anak itu berbeza. Ada yang minat ke arah sains, matematik, seni, bahasa dan macam-macam. 

Kalau seorang anak tak pandai lakukan latihan Matematik, janganlah Mama marah dia. Mungkin dia lebih bijak dalam aspek Bahasa! Percayalah, mereka mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Jadi, Mama harus ketahui anak Mama minat dalam mata pelajaran apa. Jangan terlalu risau jika mereka tak mahir dalam sesuatu subjek, semua itu boleh dipupuk!

2) Belajar Bersama Si Manja

Kredit Foto: Adobe Stock

Sekarang, Mama dah tahu si manja minat dan tak gemar subjek apa? Haa bagus! Jadi, Mama boleh cuba tips yang seterusnya pula. Untuk subjek yang si manja tak gemar, Mama boleh duduk dan belajar bersama-sama. Siapa kata ada limit usia untuk belajar? Tak kiralah kita sibuk atau tua mana, kita tetap boleh menimba ilmu, lagi-lagi dengan anak yang kita sayangi! 

Belajar dengan si manja ni sangat penting sebab dia perlu ketahui yang Mama akan dapat menolong apabila dia tak fahami subjek tersebut. Mama boleh terangkan maksud atau perkara yang si manja tak tahu dan tips ini juga boleh merapatkan hubungan Mama dengan si manja.

3) Teroka Cara Pembelajaran Yang Sesuai

Kredit Foto: Adobe Stock

Kalau Mama nak tahu, cara pembelajaran ada banyak tau! Setiap orang mempunyai cara yang berbeza ketika belajar iaitu visual, auditori dan kinestetik. Kaedah pembelajaran ini menggunakan 3 jenis deria iaitu penglihatan, pendengaran dan pergerakan bagi mengenal pasti gaya belajar anak anda yang paling sesuai! 

Mengikut kajian yang dilakukan oleh pakar: 

  1. Visual: pelajar visual lebih mudah untuk menyerap dan menerima maklumat sekiranya maklumat tersebut dipersembahkan dalam bentuk gambar, carta dan gambarajah.
  2. Auditori: pelajar auditori lebih mudah untuk menyerap dan menerima maklumat melalui pendengaran. 
  3. Kinestetik: pelajar kinestetik lebih sukakan pengalaman yang melibatkan anggota fizikal. Mereka sukakan sesuatu yang lebih praktikal berbanding teori, lebih-lebih lagi yang melibatkan sentuhan ataupun alatan.

Jadi, si manja Mama pelajar yang mana satu?

4) Gunakan Teknik Tradisional dan Moden (Seimbang!)

Kredit Foto: Adobe Stock

Setiap pembelajaran anak-anak haruslah unik dan kreatif supaya si manja tak mudah bosan dan lebih minat nak belajar. Mama Siti sangat suka teknik tradisional dengan menggunakan kertas, buku dan sebagainya. Tapi, sekarang kan zaman dah moden dan kita ada banyak aplikasi dan video edukasi di Internet yang boleh kita gunakan!

Paling seronoknya, ada banyak video pembelajaran di YouTube yang boleh membantu anak-anak belajar. Dengan cara ni, anak-anak tak akan bosan dan mereka akan lebih suka dengan video yang sangat interaktif! 

5) Sentiasa Memberi Pujian dan Dorongan Buatkan Anak Lebih Minat Belajar

Kredit Foto: Adobe Stock

Siapa je tak suka pujian? Lagi-lagi si manja! Mereka sentiasa inginkan pujian dan dorongan daripada Mama. Bila mereka melakukan sesuatu perkara, Mama boleh sebutkan ayat-ayat ini:

Mama Siti pasti yang anak-anak akan rasa lebih excited dan seronok untuk belajar! Semangat mereka pasti akan berkobar-kobar sebab mereka sedar yang ada orang hargai usaha mereka walaupun sedikit. Setiap langkah mereka ialah progress tau Mama.

Setiap perubahan itu tidak akan mengambil masa sehari, ianya akan memakan masa untuk mereka improve. Jadi, daripada Mama asyik beri tekanan kepada si manja, lebih baik Mama beri sokongan berpanjangan! Percayalah, miracle will come!

Semoga membantu!

BACA JUGA 4 AKTIVITI ‘DIY’ YANG BOLEH DIBUAT BERSAMA SI MANJA

Pesan Mama Siti

Pesan akhir Mama Siti ialah untuk elakkan menengking dan marah si manja. Mama Siti faham, Mama di luar sana penat bekerja dan tertekan, tapi dengan anak-anak ni kita perlu ada kesabaran yang sangat tinggi.