KelabMama

5 TIP AGAR ANDA BOLEH BERJUMPA DOKTOR DENGAN CEPAT DI KLINIK KERAJAAN

Ini merupakan perkongsian daripada seorang doktor iaitu Doktor Afiq Rahim di laman sesawangnya iaitu 5 cara untuk mendapatkan rawatan cepat dan tanpa menunggu lama di Klinik Kerajaan/Klinik Pakar.

 

Beratur terus di depan pintu untuk mengambil giliran anda. Bawakan secawan kopi panas dan roti untuk mengalas perut anda ketika menunggu dan memanaskan badan anda. Kebiasaanya, pesakit kanak-kanak, ibu mengandung dan warga emas kurang pada waktu sebegini. Ini juga adalah strategi untuk semua jabatan atau kaunter perkhidmatan.

Cons: Pesakit tetap akan dibahagikan mengikut tahap kesihatan  dan prioriti yang telah dicadangkan. Contoh ibu mengandung, kanak-kanak, warga emas akan tetap didahulukan. Pesakit sakit dada disyaki masalah jantung akan diberi perhatian dahulu. Jika anda rasa masalah kesihatan adalah kecil/minor maka sila rujuk cara kedua pula.

 

Syaratnya, sila makan tengahari pada jam 11 pagi. Kemudian sediakan roti dan air kotak semasa waktu makan tengahari. Kebiasaanya, pesakit akan mula beredar meninggalkan klinik sekitar jam 12 tengahari untuk mencari makanan maka nombor-nombor giliran akan bergerak dengan laju pada ketika ini dan ada harapan anda bertemu doktor sebelum waktu rehat tengahari mereka. Jika tidak, anda boleh menunggu dan solat segera kemudian kembali ke tempat menunggu dan pada sesi sebelah petang, anda akan menjadi individu terawal yang berjumpa doktor.

Cons: Waktu ini adalah waktu manusia bertukar menjadi jelmaan singa dan harimau. Sikap petugas perubatan dan para pesakit termasuk anda mudah bertukar menjadi agresif kerana faktor kelaparan. Waktu ini juga, waktu matahari di atas kepala jadi darah masing-masing mudah mendidih melebihi suhu 100 darjah celcius. Sila bersabar pada waktu ini ye.

 

Selepas jam 4 petang adalah antara waktu yang sesuai kepada petugas kerajaan terutama guru. Kebiasaanya, pesakit sudah mula beransur surut dan petugas kesihatan sudah boleh mula menarik nafas lega dan menarik keluar telefon bimbit masing-masing. Pesakit yang tinggal di bandar besar selalunya akan menangguhnya ke esok hari kerana mahu pulang awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas selepas waktu pejabat. Anda boleh mengambil peluang ini dengan datang menaiki motorsikal.

Cons: Jika nombor giliran masih panjang, dikhuatiri anda akan berjumpa doktor selepas waktu pejabat dan risiko stress akibat faktor kesesakan trafik selepas selesai berjumpa adalah lebih teruk berbanding masalah kesihatan yang anda alami.

 

Apa yang anda perlu buat adalah, bertanya dengan penuh lemah lembut dan santun kepada staff perubatan samada giliran anda boleh dicepatkan terutama jika anda mempunyai anak kecil/warga emas/OKU/ibu mengandung. Insyallah permintaan anda akan dipanjangkan kepada pegawai perubatan dan anda akan dilayan sebagaimana anda mahukan. Jangan mulakan provokasi kepada petugas kesihatan. Ia akan melambatkan dan menyebabkan situasi tegang di klinik.  Contoh ayat power:

“Maafkan saya misi jika menggangu. Saya faham klinik sangat sibuk tetapi bolehkah giliran ‘saya/anak/emak etc…..’ diawalkan kerana mereka mempunyai ‘apa masalah anda…….’. Saya memohon jasa baik misi untuk bertanya doktor akan permintaan saya ini. Saya sangat menghargai perhatian yang diberikan oleh misi dan staff lain. Terima kasih banyak-banyak”

Percayalah, manusia terutama masyarakat Malaysia sangat mudah CAIR dengan individu yang bersopan santun dalam tutur bicaranya.Namun, jangan pula anda mengada-ngada merekacipta alasan dan berbohong semata-mata nak MC dan dapat balik awal. Kami boleh menghidu permainan licik anda.

 

Ramai pesakit terlupa berdoa kepada pencipta-Nya untuk dipermudah dan dipercepatkan urusannya di klinik. Sedangkan Tuhan itu sangat suka jika kita berdoa selalu kepadanya hatta sekecil-kecil perkara.

 

 

 

Sumber:  https://drafiqrahim.com