KelabMama

5 Rutin Pagi Untuk Rumah Kemas dan Teratur

cleaning

Kredit Foto: Adobe Stock

Nama pun ‘Home sweet home’ mestilah kita nak rumah yang kemas dan teratur serta bersih. Tapi, ada hari kita akan ada rasa malas dan penat. Ada juga working Mommy kat luar sana yang tak ada masa nak kemas rumah. Jangan risau, perkara tu semua sangatlah normal!

Tak dinafikan, Mama di luar sana mesti pernah lalui pengalaman yang sama dengan Mama Siti. Rumah yang bersepah akan kacau mood seharian dan kadang-kadang terus boleh ‘bad’ mood.

Tapi, Mama Siti ada rahsia untuk rutin pagi yang Mama harus ikuti untuk rumah yang lebih kemas dan teratur! Mama Siti pun dah cuba rutin pagi ni secara konsisten dan percayalah, rumah Mama akan ada perubahan 360 darjah.

5 Rutin Pagi Yang Boleh Mama Ikuti Untuk Rumah Kemas dan Teratur

1. Kemas Katil

Kredit Foto: Adobe Photo

Nampak macam senang kan? Tapi tak, perkara ni selalu ditangguhkan dan dilupakan. Perkara pertama yang Mama perlu lakukan bila bangun dari tidur ialah terus kemas katil. Cara ini akan buat bilik nampak sangat kemas dan berbeza dengan hanya melipat dan mengemas katil! Tak ambil masa lama pun, dalam 1-2 minit sahaja. Tak kisah la bilik kecil atau besar, bila dah kemas katil, baru lah boleh mulakan kerja mengemas yang lain.  

2. Kosongkan Meja Makan

Kredit Foto: Adobe Stock

Meja bersepah boleh buat minda serabut tau! Meja makan ialah ruang penting bagi sesebuah keluarga. Ruang makan sepatutnya jadi tempat yang selesa bagi semua ahli keluarga. Jadi, ketepikan semua barang dan letakkannya di tempat yang sepatutnya. Dengan cara ni, meja nampak bersih dan kemas! 

3. ‘Laundry Time!’

Kredit Foto: Adobe Stock

Rutin ketiga yang Mama harus lakukan ialah basuh semua baju kotor. Mama Siti faham, kadang-kadang malas nak cuci baju kan? Tapi jangan biar sampai baju berlonggok pula! Cuci baju di awal pagi dan keringkan supaya boleh dilipat terus. Kalau Mama biarkan lama-lama, baju akan bertimbun dan rumah akan nampak bersepah! Untuk lebih jimat, pilih satu hari untuk Mama uruskan ‘laundry’ okay?

4. Kosongkan Singki Supaya Rumah Kemas Dan Teratur

Foto Kredit: Adobe Stock

Mama Siti tahu, kita sentiasa ada ‘lazy days’ dan biarkan pinggan lama-lama dalam singki kan? Tapi nak tahu apa yang lebih bagus? Singki dan dapur yang berkilat! Jadikan rutin untuk sentiasa kosongkan singki setiap pagi. Rutin ni sangat penting sebab pinggan yang dibiarkan lama-lama akan menjadi busuk dan berbau. Mama tak nak kan rumah yang busuk? Jadi, jangan tangguh rutin ni. Lebih bagus kalau lepas makan tu terus basuh pinggan.

5. Tetapkan Jadual Mengemas

Kredit Foto: Adobe Stock

Kita semua ‘busy moms’ kan. Ada Mama diluar sana yang sibuk bekerja dan ada juga suri rumah. Tapi, Mama semua wajib ada jadual untuk kekal berdisiplin. Mama Siti cadangkan untuk bergilir-gilir kemas rumah bersama Papa. Dengan ada jadual, baru lah ada rumah tangga yang adil kan. Percayalah, Mama dan Papa akan seronok menjadi produktif bersama! Lagi pun ada banyak ‘cleaning hacks’ yang Mama boleh cuba untuk mudahkan rutin mengemas.

Mengemas ini bukanlah sesuatu yang mudah sebab ianya sangatlah memenatkan! Tapi percayalah, kalau Mama dan Papa berdisiplin dan mengikut rutin mudah ni, rumah akan lebih kemas dan bersih. Lagipun dapat berdua-duaan walaupun kemas rumah kan? Kalau kemas dengan anak-anak pula dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kan best tu!

Semoga membantu!

BACA JUGA DEDAHKAN ANAK KEPADA RUTIN HARIAN DI USIA MUDA

Pesan Mama Siti

Paling penting sekali, mengemas ni akan buat hati kita tenang dan sentiasa gembira. Keakraban keluarga juga akan lebih rapat apabila mengemas dan ianya amatlah berbaloi. Ingat tau Mommy, ‘Discipline is the Key”!