KelabMama

5 RISIKO UTAMA PEMBEDAHAN CAESAREAN ANDA PERLU TAHU!

KESAKITAN

Mereka yang melahirkan secara normal, kesakitan dialami semasa melahirkan. lepas tu merdeka! Namun berbeza secara pembedahan caesarean ialah kesakitan yang anda terpaksa alami selepas pembedahan. Anda akan rasa sakit pada bahagian luka pembedahan dan rasa tidak selesa pada bahagian perut selama beberapa minggu selepas pembedahan. Anda akan diberi ubat penahan sakit untuk menangani kesakitan ini, tetapi ia masih akan mengganggu aktiviti seharian anda untuk beberapa ketika. Apa yang paling kita takut ialah jahitan terbuka. Jika pakai plaster. Nampak macam kulit tu tercantum dengan gam sahaja.

 

DARAH BEKU

Mana-mana pembedahan meningkatkan risiko anda mengalami darah beku. Ini boleh jadi serius, bergantung kepada di mana pembekuan itu berlaku. Jika pembekuan berlaku dalam paru-paru, ia boleh menyebabkan kematian. Sebab tu jika dibekalkan dengan ubat untuk cairkan darah selepas keluar wad, jangan culas untuk suntik peha anda sendiri.Tanda-tanda masalah ini termasuk:

Hubungi doktor anda sekiranya anda mendapat tanda-tanda tersebut selepas pembedahan caesarean. Doktor mungkin akan memberi anda ubat untuk mencairkan darah dan stoking getah sokongan untuk memperbaiki peredaran darah pada kaki anda. Anda juga digalakkan supaya berdiri dan berjalan-jalan secepat mungkin selepas pembedahan caesarean.  Biasanya doktor suruh kita baring tanpa bantal sehingga bius kita habis. Ini juga bagi menjaga kebaikan tulang belakang. Lepas tu memang nurse suruh bangun dan jalan. Ini akan membantu peredaran darah dan mengurangkan risiko pembentukan darah beku.

 

LEKATAN

Seperti juga pembedahan lain pada bahagian perut atau pelvis, caesarean berisiko menyebabkan lekatan (adhesion) semasa proses penyembuhan. Lekatan ialah kelompok tisu parut yang boleh menyebabkan organ-organ pada abdomen anda melekat sesama sendiri atau pada bahagian dalam dinding perut. Kira-kira separuh daripada wanita yang menjalani caesarean mengalami lekatan, dan jumlah ini meningkat kepada 83 peratus selepas tiga pembedahan caesarean. Lekatan boleh jadi menyakitkan kerana ia mengehadkan pergerakan organ-organ dalaman.  Dalam sesetengah kes, ini boleh menyebabkan masalah kesuburan apabila ia menekan tiub falopia atau menyekatnya.

 

PEMBIUSAN

Kebanyakan pembedahan caesarean dilakukan tanpa pembiusan am (general anaesthetic), yang membuatkan anda tidur. Sebaliknya, anda akan diberi suntikan epidural yang akan mengebaskan perut anda.  Epidural lebih selamat bagi anda dan bayi berbanding pembiusan am. Sebolehnya doktor prefer cara epidural ni. Sebab kita dibedah dalam sedar. Walau bagaimanapun, apa-apa jenis pembiusan melibatkan sedikit risiko. Selepas menerima suntikan epidural, sesetengah wanita mengalami:

 

JANGKITAN

Sebelum dibedah, anda akan diberi satu dos antibiotik untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan. Walau bagaimanapun, kira-kira lapan peratus daripada wanita yang menjalani caesarean masih mendapat jangkitan selepas pembedahan. Terdapat tiga jangkitan utama yang perlu diberi perhatian:

  1. Jangkitan Pada Bahagian Luka.

Ii. Jangkitan Pada Lapisan Uterus (Rahim).

Iii. Jangkitan Salur Kencing.

 

RISIKO CAESAREAN KEPADA BAYI

Kemungkinan besar, bayi anda berada dalam keadaan sihat, semasa dan selepas pembedahan. Sesetengah bayi mengalami masalah pernafasan selepas dilahirkan. Walaupun masalah pernafasan selepas caesarean biasanya tidak serius, kadang-kala bayi tersebut perlukan penjagaan khas untuk membantu mereka pulih. Kira-kira 35 dalam setiap 1,000 bayi mengalami masalah pernafasan selepas caesarean, berbanding lima dalam 1,000 bayi yang dilahirkan secara normal. Masalah pernafasan lebih banyak berlaku kepada:

Ada juga bayi yang terluka sedikit akibat terkena pisau bedah. Kira-kira dua peratus bayi mengalami luka kecil semasa pembedahan caesarean.

 

ADAKAH CAESAREAN AKAN MEMBERI KESAN TERHADAP KEHAMILAN SETERUSNYA?

 

INFO PENTING!

 

 

 

 

Sumber: Internet