KelabMama

5 PERKARA YANG BOLEH MAMA LAKUKAN UNTUK TINGKATKAN MEMORI SI MANJA

Semua ibu bapa mahukan si manja mereka mencapai perkembangan otak yang maksima. Maka, ia adalah penting untuk ibu bapa tahu bagaimanakah mereka boleh membantu mengasah potensi minda si manja. Ibu bapa memain peranan yang amat penting dalam perkembangan minda si manja. Oleh itu, ibu bapa haruslah sentiasa menggalakkan aktiviti yang positif untuk merangsang minda si manja. Tahukah anda, pada lima tahun terawal dalam usia si manja, perkembangan otak mereka digunakan sehingga hampir 90%. Dan dalam jangka masa pendek ini, sel-sel dalam otak mereka akan berhubung dalam kadar 700 hingga 1000 per saat. Oleh kerana itu, ia adalah penting untuk ibu bapa memaksimumkan pembelajaran si manja. Ini adalah antara idea-idea yang ibu bapa boleh amalkan untuk mengalakkan pembelajaran dan memupuk minda si manja.

KERAP BERBUAL DENGAN SI MANJA

Ibu bapa yang kerap berbual dengan si manja terutama sekali yang melibatkan komunikasi dua hala mengenai sesuatu topik atau apa yang ada di sekeliling boleh membantu hubungkan sel-sel otak si manja. Perbualan harian ini akan memberikan kesan positif dari segi pemikiran mereka.

BERMAIN BERSAMA

Galakkan aktiviti yang mempunyai unsur kreatif bagi membantu dalam perkembangan minda si manja agar mereka boleh memikir dan berimaginasi secara luas. Antara idea-idea mainan yang sesuai mengikut umur si manja:

SESI MEWARNA & MELUKIS

Aktiviti mewarna dan melukis adalah bagus untuk mengalakkan daya imaginasi si manja kerana ia memberi peluang kepada mereka untuk meluahkan apa yang ada dalam pemikiran mereka. Aktiviti ini juga boleh menolong dalam mengukuhkan keyakinan diri si manja dan mengukukan daya ingatan.

BERMAIN ALAT MUZIK & MENYANYI

 

Kajian membuktikan bahawa muzik boleh membantu dalam perkembangan bahasa, bunyi, keupayaan matematik dan kadang-kala ia boleh juga meningkatkan keupayaan intelektual si manja. Pembelajaran muzik adalah berguna untuk masa depan si manja kerana ia memupuk kemahiran menulis, membaca, dan perbahasan. Ini mungkin boleh dikaitkan dengan bagaimana cara ibu bapa pada masa ini menggunakan muzik sebagai alat pembelajaran. Contohnya, ibu bapa sering menggunakan nyanyian ABC sebagai cara si manja mereka belajar mengenali huruf. Begitu juga penggunaan alat muzik. Si manja sudah di ajar untuk mengingati segala jenis not muzik untuk mendapatkan alunan muzik yang merdu dan betul.

AKTIVITI MENGGUNAKAN BUKU

Ia adalah amat penting untuk ibu bapa menggalakkan si manja untuk membaca dari kecil lagi. Tabiat membaca bersama si manja boleh membantu si manja mengenal perkataan, bunyi, dan lenggok bahasa. Membaca juga boleh meningkatkan daya imaginasi si manja.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

SYURGA PERKEMBANGAN MINDA SI MANJA HANYA DI BOOKXCESS, CYBERJAYA

Ibu bapa kini boleh mengunjungi BookXcess, di mana mereka boleh memperolehi pelbagai buku menarik yang boleh membantu perkembangan minda si manja. BookXcess adalah pemilik rangkaian kedai buku yang menjual buku pada harga diskaun sebanyak 50% – 80%.  Jadi, Ibu bapa boleh mengunjungi BookXcess Tamarind Square pada bila-bila masa. rangkaian buku fiksyen, bukan-fiksyen, buku masakan, buku kanak-kanak, biografi, dan banyak lagi. 

Pencinta buku boleh mendapati pelbagai jenis judul menarik di BookXcess Tamarind Square, yang terdiri daripada seni dan rekaan, kesusasteraan, fiksyen, bukan fiksyen, remaja, buku kanak-kanak dan banyak lagi judul buku istimewa yang lain. BookXcess juga ada menyediakan pelbagai seleksi judul terkenal dan bahan bacaan alternatif yang sukar ditemui di kedai buku yang lain.

Pelbagai Aktiviti Disediakan Untuk Kanak-Kanak

Selain itu, pengunjung boleh juga menyertai pelbagai aktiviti yang diaturkan oleh pihak BookXcess untuk semua peringkat umur. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan adalah pertandingan bercerita, pertandingan mewarna, kelas seni dan kraf, dan juga pelbagai bengkel untuk si manja dan orang dewasa. Selain itu, BookXcess juga menyediakan ruang umum untuk pelanggan membuat kerja atau membaca, serta WiFi percuma, kafe dan ruangan untuk mengadakan aktiviti seperti kelas seni dan kraf serta pertandingan mewarna.

Landskap Indah & Selesa

Kedudukan BookXcess  yang jauh dari kesibukan kota, menjadi kunjungan ramai pelanggan kerana harga buku yang lebih murah akan menjadi faktor penarik pencinta buku untuk mengunjunginya malah bukan sahaja dari Lembah Klang tetapi juga penduduk di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Dikelilingi dengan keindahan lanskap hijau, BookXcess Tamarind Square merupakan salah satu cawangan kedai buku BookXcess yang mempunyai mutu dan estetik yang paling menyerlah setakat ini. Peminat fotografi dan pengguna Instagram pasti teruja melihat begitu banyak sudut menarik yang sesuai untuk rakaman video dan mengambil gambar bersama buku-buku yang dibeli. BookXcess yang mula dibuka di Amcorp Mall pada tahun 2006 kini sudah mempunyai tujuh cawangan, antaranya di beberapa pusat beli-belah seperti Starling Mall di Damansara, Fahrenheit 88 di Bukit Bintang dan 1Utama di Petaling Jaya.

Promosi Istimewa!

BookXcess menawarkan lebih 500,000 buah buku yang dijual dengan harga 50% hingga 80% lebih murah dari harga pasaran. Sempena dengan pelancaran cawangan baru ini, BookXcess memberi peluang kepada pelanggan bertuah untuk menyertai pertandingan mengisi seberapa banyak buku percuma yang mampu ke dalam bakul selama 3 minit. Untuk penyertaan, pelanggan perlu membelanja sekurang-kurangnya RM50 di mana-mana kedai buku BookXcess dari 4 Jun sehingga 22 Julai 2018 untuk menyertai cabutan bertuah. Empat belas pemenang bertuah akan dipilih untuk menyertai pertandingan tersebut di BookXcess Tamarind Square di hujung bulan Julai 2018.

 

Hubungi Kami:

BookXcess Tamarind Square.

L3M-04, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, Cyber 10, 63000 Cyberjaya.

Telefon: 03-2726 2438

Untuk mendapatkan berita terkini mengenai BookXcess, pelanggan boleh melayari:

Website: http://www.bookxcess.com/

Facebook: https://www.facebook.com/BookXcess/

Instagram: @bookxcess