KelabMama

5 PERKARA INI ELAK LAKUKAN KETIKA MANDI

Ramai yang berfikir dengan mandi sahaja sudah mencukupi untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik namun tahukah anda terdapat beberapa peraturan ketika mandi yang perlu anda patuhi untuk mendapatkan kulit yang benar sihat. Amalan mandi juga mempunyai pantang larang yang perlu dipatuhi. Mandi bukan sahaja penting untuk kesegaran dan kesihatan badan tetapi turut dikaitkan dengan kepercayaan terutama dengan penyakit daripada amalan mandi.

Mandi dengan menggunakan air yang terlalu panas akan menjadikan kulit kering dan tidak stabil, Ia akan mencuci lemak kulit dan sekaligus meninggalkan kulit anda tidak mempunyai perlindungan. Ia juga akan menyebabkan peningkatan aliran darah yang sering membawa kepada erythema, keradangan dan ruam.

 

Seperti air panas, mandi dalam jangka masa yang lama akan menyebabkan kulit anda kering. Ia juga akan menyebabkan ruam dan gatal. Tempoh yang paling sesuai untuk mandi adalah kira-kira 10 minit.

 

Lebih banyak buih yang terkandung di dalam gel mandian anda maka lebih banyak bahan aktif yang terkandung di dalamnya. Ini bermakna ia akan menipiskan lapisan minyak pelindung semulajadi dan akan menyebabkan kulit kering dan kasar. Di samping itu, sekiranya anda tidak digalakan untuk memakai sabun antibakteria makan anda tidak perlu menggunakannya setiap hari.

 

Span yang basah akan menyebabkan pertumbuhan bakteria dan kulat, jadi ia adalah lebih baik untuk menukar span mandi anda setiap empat minggu. Cuba gunakan sarung terrycloth atau tuala sebaliknya. Ia juga penting untuk mengeringkan span selepas digunakan.

 

Keringkan badan anda dengan tuala lembut tapi pastikan anda tidak terlalu mengelap badan anda sehingga kering. Biarkan badan anda sedikit lembap. Kemudian, gunakan krim kegemaran anda nescaya kulit anda akan kekal licin dan sihat!

 

 

 

 

 

 

Sumber: Internet