KelabMama

5 Panduan & Cara Simpan Susu Badan Yang Betul

Foto Kredit: Bluegrassbirthstories

Kebanyakan wanita akan kembali bekerja walaupun masih menyusu badan. Mama perlu membuat perancangan serta persediaan awal jika ingin menyusu badan dan bekerja. Jadi Mama perlu tahu cara simpan susu badan dan cara gunakannya dengan betul dan selamat.

Mama perlu selesa dengan penyusuan badan dan yakin dengan bekalan susu Mama. Ini boleh dicapai dengan menyusu badan secara kerap dan eksklusif.

Kebersihan juga merupakan faktor yang paling penting untuk memastikan susu yang disimpan tahan lama dan selamat untuk bayi Mama. Teruskan pembacaan untuk mengetahui cara simpan susu badan dengan betul.

5 Cara Simpan Susu Badan

Menurut Mayo Clinic, Mama boleh menyimpan susu badan untuk si manja Mama dengan beberapa cara. Antaranya :

1) Cara Simpan Susu Badan Mengikut Suhu Bilik

Foto Kredit: Adobe Stock

Simpan susu badan pada suhu bilik (tak lebih daripada 25 darjah Celsius) sehingga 6 jam. Susu badan yang baru dipam dapat disimpan pada suhu bilik sehingga 6 jam. Walau bagaimanapun, ia adalah optimum untuk menggunakan atau menyimpan susu badan dengan betul dalam masa empat jam, terutamanya jika bilik Mama bersuhu suam. 

2) Cooler

Foto Kredit: Adobe Stock

Cara simpan susu badan yang kedua ialah Mama boleh simpan di dalam ‘cooler’ sejuk, bersama pek ais dan ia boleh bertahan sehingga 24 jam. 

3) Cara Simpan Susu Badan di Peti Sejuk (Chiller)

Foto Kredit: Adobe Stock

Cara yang paling diketahui ramai. Mama boleh simpan susu badan di dalam peti sejuk (pada suhu 4 darjah Celsius atau lebih sejuk), sehingga 5 hari dalam keadaan yang bersih. Sebolehnya simpan di bahagian belakang peti sejuk kerana bahagian belakang adalah bahagian yang paling sejuk dan jauh dari makanan yang tak dimasak. 

Walau bagaimanapun, adalah optimum untuk menggunakan susu yang disimpan dalam peti ais dalam masa 3 hari ye Mama.

4) Peti Sejuk (Ruang Pembeku)

Foto Kredit: Adobe Stock

Selain dari cara satu, dua dan tiga, Mama juga boleh simpan susu badan di dalam ‘compartment’ peti sejuk beku dan ia boleh bertahan selama 2 minggu. 

5) Peti Pembeku ( Deep Freezer)

Foto Kredit: Adobe Stock

Susu badan Mama yang baru dipam dapat disimpan di dalam pembeku sehingga 12 bulan tapi kena ingat waktu yang optimum untuk penggunaan susu beku adalah dalam masa 6 bulan.

Cara Simpan Susu Badan Semasa Travel

Bestnya berjalan-jalan bersama si manja kan? Nak travel ke sana sini, nak balik kampung lah, nak pergi pantai lah dan macam-macam lagi. Tapi macam mana pula nak bawa balik susu-susu yang dah dipam nanti?

Jangan risau! Mama Siti akan kongsikan cara untuk memastikan stok EBM Mama semua selamat sepanjang perjalanan. Nangis oii kalau sampai ke destinasi, tengok-tengok stok semua rosak..

Barang yg diperlukan:

Langkah-langkah:

  1. Masukkan ais ketul pada lapisan pertama cooler box/ kotak polisterin.
  2. Taburkan garam kasar pada ais ketul dalam kuantiti yang banyak.
  3. Masukkan botol susu perahan. Pastikan botol susu bersentuhan dengan ais untuk kekalkan keadaan suhu.
  4. Kalau taknak susu tu beku, masukkan botol susu perahan dalam bekas bertutup/beg plastik lain sebelum simpan dalam cooler box / kotak polisterin
  5. Ulang langkah di atas sehingga semua stok disimpan dengan selamat, kemudian taburkan ais dan garam dilapisan atas sekali sehingga menutupi lapisan atas.
  6. Tutup lapisan atas tersebut dengan kain /tuala/ surat khabar untuk memerangkap wap sejuk dari keluar. Tutup bekas cooler box / kotak polisterin dengan rapat dan selamat. Pastikan tiada ruang yang terbuka. (sebaiknya ‘seal’ dengan masking tape atau letak pemberat atas kotak untuk elak terbuka)
  7. Sekiranya perjalanan mengambil masa lebih lama, tukar ais bila dah cair. Boleh dapatkan ais di RnR atau kedai-kedai mana yang terdekat. Dengan cara ini, ais boleh bertahan selama 12 jam dan susu perahan kekal selamat.

Senang kan? Okay, sekarang kita dah tahu macam mana nak simpan susu badan kita. Tapi macam mana pulak cara nak menyediakannya? 

Cara Menyediakan Susu Ibu yang Beku

Foto Kredit: Adobe Stock

Pertama sekali, cairkan susu terlebih dulu. Kemudian letakkan bekas susu beku itu di dalam peti sejuk malam sebelum Mama berhasrat untuk menggunakannya. Mama juga boleh memanaskan susu dengan cara lain dengan meletakkannya di bawah air suam atau di dalam mangkuk air yang suam.

Jangan panaskan bekas susu beku di dalam ketuhar atau dengan cepat di atas api dapur. Sebilangan bahagian susu mungkin akan menjadi terlalu panas, dan sebilangan yang lain pula masih berasa sejuk. Beberapa penyelidikan juga telah menunjukkan yang memanaskan susu dengan cara yang cepat dapat mempengaruhi antibodi susu.

Walaupun penyelidikan lebih lanjut diperlukan mengenai sama ada susu beku yang telah dicairkan dapat dibekukan sekali lagi dan selamat digunakan, banyak pakar mengesyorkan untuk membuang susu cair yang tak digunakan dalam masa 24 jam.

Adakah susu ibu yang dicairkan berbau atau kelihatan berbeza dengan susu ibu yang segar?

Warna susu badan Mama mungkin sedikit berbeza bergantung pada diet Mama. Susu badan yang dicairkan mungkin mempunyai bau atau konsistensi yang berbeza daripada susu badan yang segar. 

Jangan risau kerana ia masih selamat untuk diberi makan kepada bayi Mama. Sekiranya bayi Mama menolak susu badan yang dicairkan, memendekkan masa penyimpanan mungkin dapat membantu.

Tempoh Simpanan

Cara mengetahui susu badan rosak

Foto Kredit: Healthblog.au

Tak ada yang lebih buruk daripada menghabiskan begitu banyak masa untuk mengepam susu badan hanya untuk mengetahui bahawa ia akan menjadi basi lebih awal daripada yang Mama jangkakan. Jadi, macam mana nak tahu kalau susu tu dah tak boleh digunakan lagi?

1) Berbau busuk

Sekiranya Mama perasan bau busuk datangnya daripada susu itu, sudah tentu susu tersebut sudah basi. 

2) Ia tak larut apabila digoncang

Walaupun susu ibu sering berpisah menjadi lapisan berlemak dan tak berlemak ketika disimpan, Mama harus tahu jika susu itu masih segar, ia harus larut semula dengan dikacau dengan lembut.

Jika ada ketulan-ketulan susu yang tak larut apabila digoncang, itu maknanya susu dah rosak.

3) Ia tak ditutup dengan betul/rapat

Jika plastik beg susu Mama tak ditutup dengan rapat atau bekas susu itu terbuka, kemungkinan untuk susu itu basi sangat besar. 

Mama dinasihatkan untuk menyimpan susu badan di dalam bekas plastik yang kukuh, atau dalam beg yang direka khas untuk susu ibu supaya susu tak tercemar. 

4) Susu berasa masam

Kaedah paling mudah nak tahu susu dah basi adalah dengan merasa sendiri. Kalau rasa susu masam itu tandanya susu dah tak elok. Rasanya sama macam susu lembu yang dah basi dan adalah lebih baik Mama tak memberikan susu itu kepada bayi Mama. Takut nanti bayi Mama pula yang cirit birit.

Bagi Mama yang masih berjuang dalam penyusuan susu ibu, teruskan perjuangan Mama sampai ke titisan yang terakhir. Bagi Mama yang tak ada rezeki untuk meneruskan penyusuan susu ibu tak mengapa, kita tetap Mama yang hebat walaupun beri anak susu formula.

Semoga bermanfaat!

BACA JUGA CARA BANYAKKAN SUSU BADAN SELEPAS BERSALIN

Pesan Mama Siti

Mind set dalam diri kita adalah paling penting sekali. Sentiasa berfikir positif dan berkata kepada diri yang kita boleh memberikan yang terbaik kepada anak dengan susu ibu sepenuhnya walaupun apa jua halangan dan cabaran. InsyaAllah boleh!