KelabMama

5 Kelebihan ‘Selaput Putih’ Pada Bayi Baru Lahir

bayi diselaputi selaput putih

Foto kredit: Adobe Stock

Selaput putih ini dikenali sebagai Vernix Caseosa. Ia adalah sejenis lapisan perlindungan untuk bayi sewaktu di dalam kandungan. Orang melayu banyak mengaitkan Vernix Caseosa ini dengan perkara-perkara negatif. Sebagai contoh, air mani papa yang bersetubuh dengan mama sewaktu mengandung dan ada juga yang mengatakan vernix ini kotor dan perlu segera dibersihkan. Ini semua adalah fakta yang salah dan mama papa tak perlu untuk malu atau segan jika bayi kalian lahir dengan selaput putih ini. 

Fakta menarik tentang selaput putih ini adalah:

Foto kredit: Adobe Stock

Walaubagaimanapun, mama papa tahu tak, kita digalakkan untuk melengahkan mandian pertama bayi kita. Vernix caseosa ini mempunyai pelbagai manfaat semulajadi untuk bayi yang baru lahir. 

Antara manfaatnya adalah:

#1 Ia melindungi kulit bayi kita daripada bakteria.

Foto kredit: Adobe Stock

Seperti yang Mama Siti dah terangkan diatas, vernix merupakan lapisan perlindungan untuk kulit bayi kita daripada bakteria. Selaput putih ini mempunyai anti-oksidan, anti-infeksi dan juga anti-keradangan yang melindungi kulit bayi secara semula jadi. 

#2 Pelembut semula jadi

Vernix ini juga boleh bertindak sebagai pelembut semula jadi. Oleh kerana itulah, mama papa digalakkan untuk melengahkan dahulu mandian pertama bayi kepada dua hingga tiga jam selepas kelahiran. Akan tetapi, jika warna vernix ini sudah berubah menjadi warna kekuningan atau kehijauan, ia perlu dicuci dengan segera kerana bayi mungkin sudah membuang najisnya yang pertama. 

#3 Seimbangkan suhu badan bayi

Suhu di dalam perut mama semua adalah sama dengan suhu badan normal kita. Jadi, bayi kita sudah terbiasa dengan suhu di dalam perut mama semua yang sedikit panas berbanding dengan suhu bilik yang sedikit sejuk. Bayi juga memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri dengan suhu tersebut. Oleh itu, vernix ini membantu bayi untuk menyesuaikan diri dengan suhu dunia luar. 

#4 Pelincir sewaktu proses bersalin

Foto kredit: Adobe Stock

Bayi akan keluar dengan lebih mudah sewaktu proses kelahiran disebabkan tekstur vernix ini yang licin dan likat. Dengan ini luka pada vagina mama juga akan berkurang sewaktu proses bersalin secara normal.

#5 Memudahkan proses menyusu

Vernix caseosa ini boleh memudahkan mama untuk menyusu badan kerana bayi sepatutnya meluangkan sejam pertama kehidupan mereka dengan mama semua. Mama juga digalakkan untuk menyusu bayi pada waktu ini. Lupakan dahulu mandian pertama. Okay?

Semoga bermanfaat!

BACA JUGA ZIARAH BAYI BARU LAHIR – INGAT 5 PERKARA INI!

Pesan Mama Siti

Bagus kan vernix ni sebenarnya? Jadi lepas ni, Mama Siti dah tak nak dengar dah perkara-perkara negatif berkaitan dengan vernix caseosa ni. Mama papa bolehlah melengahkan mandian pertama bayi sehingga 24 jam atau ada juga yang membiarkan sehingga seminggu dan hanya mengelap badan bayi mereka dengan kain basah.