KelabMama

5 Kebaikan Anak Boleh Dapat Bila Berkebun Bersama

boy with plant

Foto Kredit: Adobe Stock

Duduk di rumah je sejak beberapa bulan ni mesti buat anak-anak bosan. Tambahan pula dengan musim pandemik sekarang ni, anak-anak pun dah jadi malas asyik terbaring atas sofa dan bermain ‘gadjet’ je betul tak? Bagi mama yang suka berkebun tu apa kata ajak anak-anak join berkebun sekali. Mesti best!

Foto Kredit: Adobe Stock

Mama tahu tak, bila kita mengajar si kecil bercucuk tanam pada waktu usia yang muda boleh memberi banyak kebaikan kepada mereka?

Ha..waktu inilah anak mama akan lebih cepat menangkap ilmu tambahan tentang pokok dan tanam-tanaman. Selain ilmu asas yang dipelajari di sekolah, aktiviti yang dapat merangsang minda seperti ilmu bercucuk tanam juga penting supaya mereka tahu mana datangnya sayur-sayuran sedap dan berkhasiat yang mama mereka selalu masak. Betul tak?

Jom ambil tahu mengenai 5 kebaikan yang boleh anak kita perolehi bila berkebun bersama!

1) Menanam pokok boleh meningkatkan pemakanan yang sihat untuk anak

Foto Kredit: Adobe Stock

Memang jarang betul nak nampak si kecil suka makan sayur kan? Sampai mama dah naik ‘give up’ suruh anak makan sayur. Tak dinafikan memang kebanyakan anak-anak tak suka makan sayur.

Jangan risau mama sekalian, anak yang paling memilih makan pun akan sendiri suka dan ingin tahu tentang sayur yang mereka makan itu sebab waktu berkebun itu lah masanya untuk mama jelaskan khasiat dan nutrien yang ada pada sayur tu.

Bila dah penat ditambah pula dengan usaha menanam sayur tu, pasti anak mama nak merasa hasil titik peluhnya sendiri juga betul tak? 

2) Berkebun boleh mengajar anak erti tanggungjawab

Foto Kredit: Adobe Stock

Macam mama sekalian bertanggungjawab akan soal anak, begitu jugalah kita ajar anak bertanggungjawab akan tanamannya. Ini kerana tanam-tanaman memerlukan banyak perhatian dan penjagaan yang rapi.

Dari menyiram sehinggalah merumput dan membersihkan tanaman itu adalah satu ilmu untuk anak menjadi bertanggungjawab dan lebih menghargai. Pupuk sifat bertanggungjawab dalam jiwa anak supaya besar nanti mereka tak lari dari masalah yang bakal dihadapi.

3) Menjadi seorang yang penyabar

Foto Kredit: Adobe Stock

Bila dah seronok bercucuk tanam mesti anak mama tak sabar nak melihat hasilnya kan? Sudah tentu lah nak menunggu masa untuk menuai tu lama. Mungkin boleh mengambil masa beberapa minggu tak pun berbulan! Anak pula fikir harini tanam, esok dah berbunga mekar.

Pening kepala mama nak menjawabnya betul tak? Pilihlah untuk menanam tanaman yang senang dan cepat tumbuh dulu sebagai permulaan seperti tanam cili padi ke daun bawang ataupun bayam.

Jangan lupa untuk bagitahu anak mama bahawa KESABARAN adalah segalanya dalam dunia perkebunan dan menunggu hasil itu sangatlah berbaloi. 

4) Meneroka dunia luar

Foto Kredit: Adobe Stock

Anak sering main dalam rumah je, bosan betul. Cuba la bawak mereka bermain atas rumput. Ajak mereka terokai tumbuh-tumbuhan yang ada di laman mama. Lagi-lagi anak yang takut nak menyertai aktiviti yang boleh mengotorkan badan mereka.

Mungkin takut kalau ternampak cacing atau ulat beluncas. Tenangkan mereka dan bagitahu fungsi setiap kehidupan terhadap tanaman.

Bermain dan berkebun di luar juga dapat merangsang minda mereka untuk lebih ingin mengetahui dan akan mula berani apabila terserempak dengan serangga-serangga yang wujud di atas bumi ini.

5) Merapatkan hubungan seisi keluarga

Foto Kredit: Adobe Stock

Walaupun bercucuk tanam ni aktiviti yang meletihkan, tapi bila dah buat bersama-sama rasa lagi seronok dan perasaan letih tu tak terlintas di minda pun.

Sambil berkebun ni Mama boleh berborak dengan anak-anak tanpa melihat kelibat teknologi di tangan yang sering menyibuk dalam kehidupan seharian. Secara tak langsung, hubungan kemesraan anak-anak dan Mama Papa juga semakin erat.

Mama pun mesti teringin nak tengok keletah anak bila berkebun kan? Ini lah masanya untuk lebih mengenali sesama sendiri dan berkomunikasi secara sihat!

Semoga bermanfaat!

BACA JUGA POKOK HIDUP AGEN ‘RELAXING’ BANTU TIDUR NYENYAK


Pesan Mama Siti

Seronok sebenarnya bila kita berkebun bersama anak-anak. Bukan je anak-anak dapat explore tentang berkebun tapi juga dapat membangkitkan mood yang positif dan dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.