KelabMama

5 Idea Aktiviti Akhir Tahun Bersama Keluarga

aktiviti akhir tahun

Esok kita akan menyambut tahun baru, sekejap je kan masa berlalu? Tahun ini banyak cabaran yang kita lalui dan memori dicipta bersama yang tersayang. Setiap keluarga mesti ada tradisi sambutan atau aktiviti akhir tahun yang dilakukan bersama kan? Mama Siti pun ada tradisi keluarga yang tersendiri dan ini semua terpulang dengan keadaan semasa juga. 

Tahun ni kita dilanda dengan penyakit COVID-19 yang sehingga kini masih membahayakan, jadi sambutan akhir tahun kali ini mesti berbeza kan? Ada juga yang sering menyambut di tempat awam dan countdown tahun baru bersama-sama, tetapi malangnya tahun ini mesti dah tak sama macam dulu.

Tapi jangan risau. Dalam kita masih berhati-hati dan mengikut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan, kita masih boleh menyambut tahun baru bersama keluarga dan rakan-rakan! Mama Siti ada beberapa cadangan yang Mama di luar sana boleh lakukan bersama keluarga dan sudah tentu, aktiviti-aktiviti ini sangat menyeronokkan dan sesuai bagi semua.

5 Aktiviti Akhir Tahun Yang Menyeronokkan Yang Boleh Dilakukan Bersama Keluarga

1) Menonton Movie Bersama Keluarga

Kredit Foto: Adobe Stock

Wayang kan dah lama ditutup kerana penularan COVID-19 terutamanya di kawasan yang masih PKPB, jadi apa kata Mama buat movie-session di rumah! Jimat duit dan kos belanja juga tau. Paling bestnya, sangat selesa sebab kita semua berada di rumah sendiri kan. Mama boleh lah buat undian cerita apa yang menarik dan sesuai untuk ditonton bersama keluarga. Ada banyak senarai movie yang boleh tengok bersama keluarga seperti: 

Haa.. Papa pula boleh belikan snacks seperti popcorn, keropok, nugget dan lain-lain! Anak-anak mesti akan suka aktiviti ni jadi tunggu apa lagi? Jom tengok movie! 

2) Shop Until You Drop

Kredit Foto: Adobe Stock

Tak salah rasanya kalau manjakan diri dan keluarga dengan shopping akhir tahun kan? Yelah, new year, new me! Dah sampai masanya untuk Mama, encik suami dan anak-anak untuk mempunyai pakaian dan outfit yang baru untuk sambut tahun baru. Jadi, Mama boleh ke shopping mall terdekat dan pastikan pakai mask, jaga penjarakan sosial dan pastikan patuh SOP ya!

3) Jom Staycation!

Kredit Foto: Adobe Stock

Sejak diumumkan sempadan negeri dah dibuka, inilah masa yang sesuai untuk bercuti ataupun staycation. Yelah, setelah berbulan-bulan terperap dirumah dengan kuarantin, rebutlah masa ni untuk bercuti dengan keluarga yang tersayang. Ini masanya untuk hilangkan segala stress dan kepenatan dunia bekerja dan tugas seorang Mama. Yelah, Mama pun kena berehat tau!

Jadi Mama, ajaklah Papa bercuti di Langkawi, Melaka, Pahang, Johor atau mana-mana pun yang sesuai untuk dikunjungi. Pastikan, mask on! 

4) Berkebun Antara Aktiviti Akhir Tahun Yang Boleh Dilakukan Bersama

Kredit Foto: Adobe Stock

Musim pandemik ni kan buat anak-anak dan termasuk diri Mama sendiri menggunakan gadget dengan kerap. Yelah, anak pun tak boleh keluar masa kuarantin, Mama pula work-from-home. Apa kata, sempena aktiviti akhir tahun ini, Mama ajak anak-anak untuk berkebun?

Wah, menarik kan! Kalau Mama nak tahu, berkebun ni banyak kebaikan dan manfaat terhadap anak-anak, iaitu: 

Masa inilah Mama boleh berkongsi ilmu dan berkomunikasi dengan si manja. Alang-alang tu, cuba Mama tanya tentang azam tahun baru mereka. Mesti mereka gembira untuk berkongsi dengan Mama.

5) Makan-Makan Gathering

Kredit Foto: Adobe Stock

Akhir tahun ini ialah masa yang paling sesuai untuk makan atau gathering dengan keluarga yang tersayang. Dapat bertanyakan khabar setelah lama tak berjumpa dan melepaskan rindu! Yelah, Mama Siti pun dah lama tak jumpa dengan ahli keluarga sendiri disebabkan PKPB. 

Jadi, ambil peluang ini untuk melepaskan kerinduan yang lama terpendam tu. Bukan tu je, masa inilah Mama nak tunjuk skill dan kehebatan masakan Mama! Haaa, bukan biasa-biasa tau. Mama juga boleh mengajak Papa dan anak-anak untuk bantu masak bersama, mengemas rumah dan sediakan meja makan. Apa yang penting? Kerjasama! 

Akhir tahun menjelang tiba, awal tahun kini bersua. Mama Siti berharap aktiviti ini akan merapatkan hubungan silaturrahim keluarga dan rakan-rakan dengan lebih akrab. Ingat ya, jangan lupa patuh SOP dan wear your mask. Selamat Tahun Baru 2021, Mama!

BACA JUGA

Pesan Mama Siti

Tahun 2020 memang tahun yang sangat mencabar untuk kita semua. Mama Siti harap tahun 2021 akan memberi 1000 kebaikan kepada kita semua. Jaga diri, patuh SOP, sama-sama kita melawan COVID-19 ni. Selamat Tahun Baru!