KelabMama

5 Fungsi Buah Lemon Untuk Bersihkan Rumah

lemon

Kredit Foto: Adobe Stock

Selalu kita guna baking soda dan cuka sebagai alat pencuci kan? Tapi pernah tak Mama kat luar sana gunakan buah Lemon sebagai alat pencuci? “Easy peasy lemon squeezy!” 

#Fun Fact: Lemon ialah buah yang sangat bagus untuk menjadi alternatif alat pencuci yang selalu kita gunakan.  Bau yang segar dan paling penting sangat murah! Mama Siti pun tak tahu yang Lemon sebenarnya boleh digunakan untuk mencuci sampai lah ternampak satu video ‘cleaning hacks’ di YouTube. Rupanya, memang biasa pun Lemon ni digunakan untuk mencuci barang-barang di rumah. Kita yang ketinggalan jauh daripada orang lain! 

Kredit Foto: Adobe Stock

Kelebihan Lemon Sebagai Alat Pencuci:

Selalu kita mesti fikir, Lemon ni sedap untuk dibuat air, letak dalam masakan je kan? Tapi Mama Siti nak kongsikan cara-cara buah Lemon boleh digunakan sebagai alat pencuci di rumah! Mommies, take note tau! 

1) Membersihkan Ketuhar Gelombang Mikro

Mama mesti tahu betapa susahnya nak bersihkan kotoran di microwave kan? Kadang-kadang sental kuat pun tak hilang dan akhirnya mesti give up. Tapi, Mama mesti tak sangka betapa senangnya nak bersihkan kotoran degil menggunakan lemon! Haaa, macam mana tu? Mesti Mama tertanya-tanya kan? 

Kredit Foto: Adobe Stock

Cara-Cara:

Lemon akan membuang segala bau yang tak diingini dalam microwave dan tanggalkan segala kotoran degil. Mudah kan? 

2) Mangkuk Tandas Bersinar!

Selalunya kita akan gunakan pencuci mangkuk tandas untuk hilangkan kotoran di tepi-tepi tandas kan? Tapi kali ni, Mama Siti nak kongsi cara menggunakan Lemon untuk membersihkan mangkuk tandas! Caranya mudah sahaja, apa yang Mama perlu buat?

Kredit Foto: Adobe Stock

Cara-Cara:

#ExtraTips, untuk bahagian yang kecil dan tersorok, gunakan berus gigi lama yang tidak digunakan dan gosok bahagian yang kecil dan mangkuk tandas akan bersinar dan bersih!

3) Cuci Kaca dan Gelas Dengan Buah Lemon

Nak bersihkan kaca dan gelas bukannya perkara mudah. Kadang-kadang, Mama Siti akan skip rutin ni tau! Ada juga tips menggunakan cuka, tapi bagi Mommies di luar sana yang tak tahan bau cuka, Mama Siti ada penyelesaiannya! 

Kredit Foto: Adobe Stock

Cara-Cara:

Jangan lupa, gunakan air jus ni dalam masa 1-2 minggu sahaja, kalau lama sangat nanti akan bertukar bau. Dan bau tu, sangat tak menyenangkan!

4) Membersihkan Papan Pemotong

Pernah tak papan pemotong Mama naik bau busuk walaupun dah dibersihkan? Selalunya, benda ini akan terjadi sebab pemotong tak dibersihkan secara mendalam. Ini yang Mama perlu buat!

Cara-Cara:

Mudah kan? Cara ni selamat untuk membersihkan papan secara semula jadi dan tak menggunakan bahan chemical yang membahayakan.

5) Buah Lemon boleh hilangkan Kotoran Kuning Di Baju!

Kotoran di ketiak selalu kuning? Haa, benda ni terjadi kerana peluh atau kesan deodorant. Dan, rasanya setiap Mama tahu betapa susahnya nak hilangkan kesan kuning ni. Jadi, macam mana kita nak hilangkan kuning di baju ni? Senang je!

Kredit Foto: Adobe Stock

Cara-Cara:

Dan… itu je! Baju bersih dan kembali putih macam baju baru! Paling best sekali, baju wangi dan fresh sangat!

Wah, banyak kan kelebihan buah lemon sebagai alat pencuci ni kan? Kalau Mama nak jimat, dan suka menggunakan bahan semula jadi, buah lemon sememangnya bagus! Semakin bersihlah ya rumah Mama. Selamat mencuba, Mommies!

BACA JUGA ‘LAUNDRY HACKS’ YANG BIJAK & MUDAH UNTUK MAMA!

Pesan Mama Siti

Lepas ni tak payah lah nak beli macam-macam pencuci lagi. Guna je buah lemon untuk buang kotoran. Mudah dan jimat!