KelabMama

5 Fakta ‘Mind Blowing’ Anak-anak Yang Kidal!

anak-anak kidal

Kredit Foto: iStock

Mama Papa, tahu tak di dunia ni hanya terdapat 10% populasi manusia yang kidal? Kidal bermaksud menggunakan tangan kiri untuk melakukan sesuatu aktiviti. Kalau anak Mama Papa tergolong dalam anak yang kidal, mereka sangat istimewa! Malah, mereka mempunyai hari tersendiri bagi menyambut keistimewaan mereka iaitu pada 13hb Ogos setiap tahun.

Foto Kredit: Adobe Stock

Mama Siti pernah terdengar mereka yang kidal dilihat sebagai cacat. Mama Papa jangan risau kalau mereka tak menggunakan tangan kanan untuk menulis sebab ianya normal.

Nak tahu apa fakta yang ‘mind blowing’ tentang anak yang kidal? Jom baca ni!

5 Fakta LUAR BIASA Anak-Anak Yang Kidal:

1. Mempunyai Sifat Seorang Pemimpin!

Mama Papa tahu tak kebanyakan Presiden Amerika Syarikat ialah seorang yang kidal? 6 daripada 12 presiden menggunakan tangan kiri!

Ini adalah fakta yang menakjubkan sebab populasi ‘lefties’ hanyalah sebanyak 10% di dunia. Mama Siti ada baca satu kajian yang bernama ‘Stanford Study’ yang menyatakan bahawa anak-anak yang kidal ini lebih cenderung untuk memimpin! Hebat kan?

Foto Kredit: The Telegraph

Queen Elizabeth II, Prince William, Barack Obama dan Bill Clinton adalah antara contoh pemimpin yang terkenal! Mungkin satu hari anak Mama Papa akan menjadi seorang pemimpin yang cemerlang.

2. Mahir ‘Multi-Tasking’

Haa, Mama Papa tahu tak mereka boleh ‘multi-task’ secara semula jadi? Anak-anak yang kidal boleh makan sambil menulis! Ini ialah satu kelebihan yang tak boleh dilakukan oleh seorang yang menulis menggunakan tangan kanan. Mereka boleh menyiapkan kerja sekolah tanpa rasa lapar! Menarik kan?

Foto Kredit: iStock

Anak-anak yang kidal cenderung terhadap multi-tasking jadi mereka sudah semestinya seorang yang efisien. Mereka akan menyiapkan kerja dengan lebih pantas juga!

3. Pandai Menyesuaikan Diri

Disebabkan mereka lahir dalam keadaan yang ramai orang ‘righties’, anak-anak yang kidal pandai dalam menyesuaikan diri dalam masyarakat. Nak tahu kenapa tak Mama Papa? Kebanyakan benda yang tersedia dalam dunia ini direka untuk ‘righties’.

Antara benda yang ada ialah seperti gunting, ‘mouse’, ‘guitar’, buku nota dan banyak lagi! Jadi, mereka pandai menyesuaikan diri dengan cepat dari kecil lagi berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan. Mama Papa jangan pandang rendah kebolehan anak-anak ya!

4. Handal Bersukan!

Lionel Messi? Rafael Nadal? Lin Dan? Siapa je tak kenal nama atlet yang hebat-hebat belaka tu? Mereka juga merupakan atlet-atlet yang kidal. Mama Papa kena tahu yang anak-anak yang kidal ini lebih mahir dalam bersukan dan boleh berjaya untuk membawa nama ke puncak dunia!

Foto Kredit: Essentially Sports

Mama Siti sangat kagum dengan mereka sebab kajian Universiti Oldenburgh juga menunjukkan bahawa mereka lebih mahir bersukan kerana kebolehan otak kanan mereka digunakan ketika bersaing! Kalau Mama Papa berminat nak baca kajian ini, boleh tekan link ni ya!

5. Kuat Ingatan

Baru-baru ni Mama Siti ada baca satu kajian lagi tentang anak-anak yang kidal. Banyak betul kan keistimewaan mereka? Mama Papa jangan terkejut yang mereka ada ingatan yang kuat!

Foto Kredit: Live Science

Mama Siti ada baca satu kajian menguiji kekuatan ingatan seseorang yang kidal. Mama Papa nak tahu tak mereka mempunyai hemisfera otak yang boleh berhubung dengan kedua-dua belah otak. Jadi, mereka mampu menghafal dengan sangat bagus! Jangan risau tentang sifir langsung! Mesti anak-anak Mama Papa boleh hafal dengan mudah.

Apa-apa pun, jangan pandang rendah tentang kebolehan seorang anak yang kidal ya! Mereka mempunyai kebolehan luar biasa walaupun minoriti dalam masyarakat kita.

Untuk informasi yang lebih tentang keistimewaan kidal, Mama Papa boleh tengok video ini!

Semoga membantu!

BACA JUGA STICKER SENJATA RAHSIA PERKEMBANGAN ANAK

Pesan Mama Siti

Mama Papa juga kenalah hargai dan sayangi anak dengan sama rata. Walaupun anak-anak kita berbeza kebolehan, kita haruslah bersikap adil dalam menyayangi mereka.