KelabMama

5 Buku Panduan Kehamilan Untuk Bakal Mama!

Setiap bakal Mama pasti nak mempersiapkan diri dengan pelbagai ada persiapan dan ilmu pengetahuan yang banyak apabila mengandung kan? Selain dari mendengar pengalaman kehamilan mama lain, membaca buku panduan kehamilan juga salah satu cara untuk menambah ilmu kehamilan mama. Yelah, pengalaman mengandung atau hamil ni bukanlah sesuatu yang senang, jadi Mama kenalah bersedia!

Risau dan takut tu perkara biasa yang akan dirasai oleh bakal mama. Jangan risau ye! Mama Siti akan bagi 5 buku panduan kehamilan yang bermanfaat untuk bakal mama! Buku-buku ini juga senang didapati tau, Mama hanya perlu cari di kedai buku seperti Popular ataupun MPH je. 

5 Buah Buku Panduan Kehamilan Yang Harus Dibaca dan Bermanfaat Buat Mama Hamil:

1. Manual Kehamilan: Panduan Penjagaan Ibu dan Bayi (Tengku Azmanira Raja Husin) 

Kredit Foto: Shopee

Untuk pengetahuan Mama, buku ini ialah antara best seller di kedai-kedai buku sebab banyak perkara yang dikupaskan dalam buku ni. Harga buku ini hanyalah RM75.00 je! 

Banyak ilmu yang Mama boleh pelajari bersama Papa ketika proses kehamilan ni. Antara perkara yang penting dibincangkan dalam buku ini ialah cara untuk menjaga ibu dan juga bayi, perancangan keluarga, senaman semasa hamil, penjagaan menghadapi kelahiran, tips penyusuan bayi dan banyak lagi!

2. Hamil Bila Naik 2 Line (Dr Nurul Khairiyah)

Foto Kredit: Popular Bookstore Online

Mama Siti nak bagitahu ni, buku ni wajib dibaca oleh semua wanita hamil! Nak tahu sebab apa? Buku ni ditulis oleh Dr. Nurul yang merupakan pakar O&G. Jadi, buku ni merupakan buku yang bagus untuk dibaca bagi para ibu-ibu.

Dr. Nurul banyak kongsikan tentang ubat yang selamat untuk wanita hamil, mengandung anak kembar, air ketuban, risiko tumpah darah, bersalin caeser, koyakan semasa bersalin, uri tersangkut dan banyak lagi isu dan kes sebenar berlaku pada wanita yang hamil! Menarik kan? Jangan lupa untuk baca buku ni Mama!

3. Petua Selamat Bersalin (Norizan Abu Samah)

Foto Kredit: Popular Bookstore Online

Mama risau kan fikirkan tentang bersalin? Jangan risau Mama, buku ni boleh tolong Mama! Selain tu, Mama mesti ada terfikir tentang nama apa yang sesuai untuk anak Mama kan? Sebolehnya, kita kenalah pilih nama yang mempunyai maksud yang baik untuk bayi kita kan?

Jangan risau, buku ni sediakan nama-nama dalam Islam yang sesuai untuk anak Mama. Bukan tu je tau, buku ni juga mengandungi nasihat tentang penjagaan bayi, cara penjagaan bayi dan pendidikan mereka. Mama boleh la baca buku ni bila Mama ada masa yang lapang ok?

4. Penjagaan dan Kesihatan Wanita Hamil (Puan Haiza Noor, Norizan Abu Samah)

Foto Kredit: Popular Bookstore Online

3 buku tu je? Tak cukup! Mama perlukan ilmu yang lebih ketika hamil. Bukan je kesihatan bayi yang penting, Mama pun kena jaga kesihatan juga supaya bayi pun sihat. Mama Siti nak cadangkan buku ni.

Nak tahu kenapa? Buku ni pun sesuai untuk Mama yang baru je berkahwin dan juga untuk Mama yang dah lama berkahwin. Buku ni menceritakan tentang perkara wajib yang harus dilakukan oleh semua wanita hamil dari permulaan hinggalah bersalin.

5. Tahniah, Anda Hamil! (Muhammad Yusuf Ab Kadir, Mohammad Rizalmazli, Siti Fairuz, Muhammad Mawardi)

Foto Kredit: Popular Bookstore Online

Ini ialah buku yang terakhir yang Mama Siti nak kongsikan dekat Mama semua. Buku ni boleh bantu Mama yang hamil tentang memahami proses kehamilan dan terutama sekali mengenai kaedah moden dan Islam yang boleh membantu dalam menjadi seorang Ibu. 

Kita perlulah ada balance dalam mengikuti kaedah Islam dan moden kan? Jadi, buku ni amatlah sesuai bagi Mama untuk belajar teknik yang sesuai untuk digunakan dalam proses kehamilan dan mendidik anak.

Semoga dengan adanya buku-buku ini sedikit sebanyak dapat membantu Mama lebih bersedia dengan apa yang bakal Mama lalui. InsyaAllah semuanya akan baik-baik je.

BACA JUGA MAKANAN BERKHASIAT UNTUK IBU MENGANDUNG

Pesan Mama Siti

Akhir sekali, Mama Siti nak pesan yang anak itu satu anugerah yang sangat besar bagi semua ibu dan menjadi seorang ibu itu ialah rezeki yang luar biasa. Mama Siti harap yang buku ni dapat beri manfaat dan kebaikan bagi semua ibu yang hamil! Selamat membaca!