KelabMama

5 Barang Wajib Dibawa Masa Bercuti Musim PKPB

travel

Kredit Foto: Adobe Stock

Seperti yang kita tahu, PKPB dilanjutkan di Selangor, Kuala Lumpur serta dibenarkan merentas daerah/negeri. Mesti ramai Mama Papa yang mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung atau bawa anak-anak bercuti kan? Walaupun begitu kita kenalah ambil langkah berjaga-jaga jika pergi bercuti bersama keluarga.

Kini, ‘travel’ dah tak sama seperti dulu lagi kerana kita perlu lebih berhati-hati dengan persekitaran kita. Ada barang yang dulunya kita merasakan tak penting tapi sekarang wajib dibawa kemana saja kita pergi.

Pasti Mama Papa buntu nak bawa apa ketika bercuti kan? Jangan risau, Mama Siti akan kongsikan barang yang wajib dibawa masa bercuti musim PKPB.

5 Barang Wajib Dibawa Masa Bercuti Musim PKPB

#Penutup Muka

Kredit Foto: Adobe Stock

Ini sudah semestinya kena sentiasa ada dengan kita. Kalau tak pakai penutup muka (mask), kita akan disaman nanti! Yelah, penutup muka ni ialah cara yang paling efektif untuk mengawal wabak ini daripada tersebar. 

Jadi, tak kiralah sakit atau tak, penutup muka ni wajib dipakai dan dibawa kalau Mama Papa nak travel! Mama Siti sarankan untuk bawa sekotak penutup muka pakai buang untuk memudahkan proses ketika melancong. 

#Hand Sanitizer

Kredit Foto: Adobe Stock

Jika tiada air dan sabun, Mama Papa harus sediakan hand sanitizer yang mempunyai sekurangnya 60% jumlah alkohol. Kalau di tempat awam, hand sanitizer adalah alternatif yang terbaik untuk pencegahan virus! Mama Papa boleh sediakan hand sanitizer yang bersaiz mini untuk memudahkan perjalanan sepanjang melancong.

#Sejadah dan Pakaian Solat

Kredit Foto: Adobe Stock

Bagi yang beragama Islam, kita tak boleh menggunakan sejadah atau telekung di masjid atau surau. Jadi, kita harus membawa sejadah dan pakaian solat sendiri. Mama Papa juga boleh sediakan beg kecil (travel size) untuk membawa keperluan tersebut! 

#Tisu Basah!

Kredit Foto: Adobe Stock

Tisu amatlah penting untuk semasa travel. Sebolehnya, Mama Siti cadangkan tisu basah yang ‘disinfection’ supaya Mama Papa boleh lap tangan anak-anak sebelum makan jika tiada air semasa melancong. Ini sangat penting untuk menjaga kebersihan serta menjamin kesihatan Mama sekeluarga. Jika tiada, tisu biasa juga boleh digunakan ketika melancong. 

#Disinfection Spray

Kredit Foto: Adobe Stock

Spray ni sangatlah membantu terutamanya Mama Papa tiba ke hotel or resort ketika melancong. Walaupun tempat itu sudah dibersihkan, kita juga boleh mengambil langkah berjaga-jaga! Mama Papa boleh spray di kerusi, katil, atau dimana-mana yang sesuai. Pakar kesihatan nasihatkan untuk menggunakan spray yang mengandungi alkohol sebanyak 70%.

Walaupun masa ini sukar untuk semua, kita masih boleh melancong bersama keluarga dengan syarat iaitu mengikut SOP!  Untuk perjalanan yang selamat dan lancar, Mama Papa haruslah sediakan barang-barang kewajipan ini supaya dapat membendung COVID-19. Sama-samalah #kitajagakita.

BACA JUGA LINDUNGI ANAK DARI COVID-19, INI TIPSNYA!

Pesan Mama Siti

Walau apa pun kita kena sentiasa berjaga-jaga terutamanya bila bawa anak-anak bercuti. Tips yang Mama Siti kongsikan ini adalah sebagai satu langkah berjaga-jaga ekstra untuk Mama sekeluarga.