KelabMama

5 Aktiviti ‘Self-Time’ Yang Menyeronokkan Untuk Mama

self time

Kredit Foto: Adobe Stock

Mama penat bekerja? Lesu? Setiap Mama memerlukan masa sendirian untuk berehat dan berseronok. Kalau Mama nak tahu, ‘self time’ sangatlah penting untuk setiap wanita yang bergelar Mama di luar sana. 

Ada banyak kritikan kalau Mama nak ada self-time dan orang akan cakap yang Mama pentingkan diri sendiri dan tak fikirkan anak.  Mama Siti tak setuju dengan pendapat mereka! Tahu tak yang Mama layak untuk berseronok dan ada masa bersendirian? Masa ini lah Mama boleh buat semua benda yang Mama suka!

Ada sesetengah Mama diluar sana yang depressed dan tak cukup tidur kerana menjaga anak. Jadi, self-time ni sangatlah penting untuk seimbangkan kehidupan Mama! Self-time tak bermaksud Mama tak sayangkan anak ya, jangan salah faham tentang perkara tu! Tak salah untuk berehat seketika menjadi ‘Supermom’ kan.

Mama Siti nak kongsikan idea dan cara untuk Mama di luar sana yang teringin untuk ada ‘me-time’! 

5 Aktiviti Yang Menyeronokkan Edisi ‘Self-Time’ Mama!

1) Masa untuk shopping!

Kredit Foto: Adobe Stock

Marilyn Monroe pernah menyebut, “happiness is not in money, but in shopping. Ya betul tu! Mama ingat ke bila kali terakhir mama shopping? Kadang-kadang, Mama perlukan wajah yang baru atau ‘look’ yang lebih trendy! Mama patut ambil masa ini untuk shopping sepuas hati Mama. Tak salah untuk gunakan duit sendiri sekali-sekala, sebab you deserve it Mama!

2) Sesi spa dan facial muka antara ‘self-time’ kesukaan

Kredit Foto: Adobe Stock

Kulit kusam? Jangan risau, Mama Siti tahu yang Mama sangat sibuk dan tak sempat untuk buat penjagaan muka kan. Mama patut singgah ke mana-mana spa atau salon facial untuk serikan wajah Mama! Eh, jangan lupa untuk ikut SOP yang disediakan supaya kesihatan Mama juga terjamin. 

3) Mani-Pedi

Kredit Foto: Adobe Stock

Mama tak teringin ke nak ada kuku yang cantik? Yelah, Mama kan sibuk mengurus anak. Mama patut cuba mani-pedi sebab Mama boleh hias kuku dengan design dan warna yang Mama suka tau! Mama juga boleh minta jenis kuku yang Mama mahu, jadi tunggu apa lagi? Book your slot, Mommies!

4) Percutian hujung minggu juga salah satu ‘self-time’

Kredit Foto: Adobe Stock

Mama Siti pasti yang kali terakhir Mama bercuti ialah bersama keluarga kan? Tapi, kali ni Mama patut bawa kawan-kawan dan bercuti di dalam Malaysia! Yelah, PKP kan tak boleh ke luar negara, jadi apa salahnya untuk Mama ada masa bersendirian dengan best friend? Percutian hujung minggu ni juga boleh buat Mama lupa seketika tentang realiti and just enjoy yourself! Bagi yang masih tak boleh rentas negeri tu apa salahnya bercuti dengan kawan-kawan dalam negeri kan?

5) Singgah ke kafe-kafe ‘aesthetic’!

Kredit Foto: Adobe Stock

Mama teringin minum kafein dan makanan manis? Jom ke kafe-kafe aesthetic! Masa ini lah yang sesuai untuk Mama bersembang dengan kawan-kawan baik mama! Mama juga ambil peluang ini untuk pakai baju yang paling cantik supaya boleh ambil #OOTD! bersama best friend Mama.

Relax Mama, Ini Masa Untuk Mama Berseronok!

Haa, Mama dah excited tak untuk ada aktiviti self-time dengan bff Mama? Jangan ragu-ragu untuk buat aktiviti yang lain mengikut apa yang Mama suka tau! Mama harus tahu apa yang Mama suka dan tiada masalah untuk Mama untuk berehat sebentar sebab you deserve it!

Semoga bermanfaat!

BACA JUGA SIAPA KATA SURIRUMAH TAK PERLU BERHIAS? KAMI TAK SEMPAT BUKAN TAK MAHU

Pesan Mama Siti

Jauh disudut hati teringin sangat nak self-time dengan bff tapi risau suami tak izinkan? Jangan risau Mama, cuba explain kenapa Mama perlukan me-time dan pujuklah encik suami tu. Pasti encik suami faham 🙂