KelabMama

41 Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Untuk Suami, Isteri, Ahli Keluarga dan Kenalan

suami kejutkan isteri dengan cincin dan ucapan ulang tahun perkahwinan

Hari ulang tahun perkahwinan selalunya diraikan sebagai tanda syukur kerana berjaya menghadapi satu tahun lagi di alam perkahwinan. 

Bagi memeriahkan lagi sambutan hari ulang tahun perkahwinan, kita berikan ucapan buat pasangan masing-masing, ahli keluarga serta kenalan yang meraikannya. 

41 Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan

20 Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Yang Manis Dan Ringkas

#1 Saya tidak tahu nak berpuitis. Apa yang saya tahu, saya hanya punya satu hati dan satu hati ini telah saya serahkan sepenuhnya pada awak. Saya juga punya satu jasad dan jasad ini telahpun saya serahkan segalanya juga pada awak. 

Adakah saya menyesal? Tidak! Saya tidak pernah sesal apa pun asalkan semua itu untuk awak.

#2 Dulu cinta kita pernah terhalang. Tetapi kita tetap juga nekad untuk bersamaKini cinta kita sudah bebas dengan ikatan halal. Maka saya mohon agar kita tetap akan nekad bersama untuk pertahankannya sehingga ke hujung nyawa

#3 Biar ada yang berkata aku ini tamak! Biar juga andai ada yang berkata aku ini penting diri! Namun untuk ku berkongsi dirimu dengan yang lain memang tidak akan ku benarkan. 

Ini aku terlalu amat mengasihimu hinggakan ku tak mampu untuk menahan api cemburu andainya ada insan lain di hatimu selainku.

#4 “Sayang, sudah bertahun-tahun kita lalui hidup suka dan duka bersama-sama. Hadirmu dalam hidupku ibarat lampu yang menyinari kegelapan. Tanpamu, aku kesepian seperti pungguk rindukan bulan.”

#5 “Semoga abang menjadi suami terbaik untuk menjaga saya selamanya. Semoga Allah tambahkan rezeki abang seluas langit dan bumi. Selamat hari ulang tahun suamiku tersayang!” 

#6 “Terima kasih suami, kerana menjadi suami dan bapa yang terbaik untuk isteri dan anak-anakmu ini.”

#7 “Terima kasih juga menjadi imam yang soleh, sentiasa memberi teguran dan kata-kata semangat pada keluarga.” 

Kredit gambar: VistaCreate

#8 “Terima kasih menjadi pendengar yang baik tatkala diriku dibelenggu masalah,Terima kasih sentiasa berusaha membahagiakan hati isteri.”

#9 Semoga ikatan perkahwinan kita ini berkekalan selamanya. I love you and I need you my love”

#10 “Walaupun kita pengantin lama, tapi cinta saya pada awak selalu baru. Selamat hari ulang tahun pernikahan kekasih halalku.”

#11 “Semoga keikhlasan hati abang, Allah titipkan rahmat dan kasih sayangNYA. Semoga Allah memperluaskan rezekimu selalu. Kau suami terbaik, imam dan bapa mithali kepada zuriatku.” 

#12 “Dua tiga harimau berlari, mana nak sama si harimau belang. Dua tiga boleh ku cari, mana nak sama si abang seorang! Happy Anniversary abang sayang”

#13 “Terima kasih sayangku untuk bertahun-tahun segala rasa cinta, sayang dan rindu. Kau melengkapi kekuranganku dan mengimbangi kelebihanku”. Selamat hari ulang tahun sayang!

#14 “Walaupun kita telah lama bersama, namun inginku ucapkan padamu, bahawa cintaku padamu dari dulu sehingga sekarang masih sama dan tidak berubah”. Selamat hari ulang tahun sayangku!”

#15 “Pergi ke kedai membeli kopi, singgah ke farmasi membeli jamu. Dunia ini sungguh merasa sepi, jika tiada kamu di sisi aku.”

#16 “Selamat hari ulang tahun pernikahan buat isteriku yang cantik, pipi tembam, badan bulat dan kuat makan. Telatahmu buatku tersenyum setiap hari. I love you honey!

#17 “Happy wedding anniversary to both of you! Moga kalian bahagia selalu, diberikan iman yang sempurna, kasih dan sayang yang kekal selamanya.”

#18 “Si Raja membawa panah, pergi ke hutan untuk memburu. Selamat menjadi keluarga sakinah, dalam menjalani hidup yang berliku-liku.”

#19 “Manisnya cinta bagai coklat dan gula-gula, Happy anniversary buat anda berdua. Semoga anda bahagia dan kekal sampai hari tua!

#20 “Abang, sudah bertahun-tahun kita lalui hidup suka dan duka bersama-sama. Hadirmu dalam hidupku ibarat lampu yang menyinari kegelapan. Tanpamu, aku kesepian seperti pungguk rindukan bulan.”

Ucapan Perkahwinan Untuk Ahli Keluarga dan Kenalan

#21 “Aku menerimamu kerana kau adalah jodoh istikharahku. Terima kasih kerana sentiasa buat aku tersenyum gembira di setiap hari-hari ku dan menghapuskan segala duka laraku. Aku sayang kamu setulus ikhlas hatiku”. Selamat hari ulang tahun suamiku tersayang!”

#22 “Kanda, hari ini dinda sangat bahagia, kerana kita masih kekal bersama menyemai kasih dan sayang. Bila kanda jauh, hatiku selalu merindu. Dinda bersyukur kerana Tuhan panjangkan jodoh kita hingga hari ini. Setiap detik pahit manis yang kita lalui sangat mengajar kita menjadi insan yang matang. Selamat hari ulang tahun kanda!”

#23 “Setahun sudah berlalu, masih daku ingati tarikh keramat saat sayang lafazkan akad nikah untuk menghalalkan hubungan suci murni kita ini. Daku percaya dirimu mampu menjagaku sehingga hembusan terakhirmu. Daku juga yakin bahawa dirimu mampu mencorakkan hidupku dengan warna yang indah tanpa ada rasa kecewa. Terima kasih untuk segalanya. Selamat hari ulang tahun pernikahan suamiku sayang!”

#24 “Saya ada menantu,dia bukan menantu hantu. Tapi menantu yang baik akhlaknya. Happy Anniversary buat anak menantu tersayang. Happy anniversary buat anakanda. Semoga bahagia bersama hingga Jannah!”

#25 “Happy Wedding Anniversary kekasih halalku! Terima kasih kerana menjadi pasangan yang terbaik buat diriku dan sentiasa ada semasa diriku susah dan senang! Moga Allah merahmati perkahwinan kita hingga ke Jannah.”

#26 “Cinta itu umpama makan sambal belacan, Walaupun pedas hingga mengalirkan air mata tapi ia tetap dimakan, Begitulah cinta kita dalam rumah tangga, ada pedas, masam dan manisnya tapi sayang tetap cinta pada abang! Happy Wedding Anniversary My handsome husband”.

#27  “Engkau adalah kekuatan buat diriku, teruskanlah tetap  mencintaiku sepenuh hatimu untuk hari ini, esok lusa dan tahun-tahun akan datang. Selamat hari ulang tahun cinta hatiku.”

Kredit gambar: Pinterest

#28 “Abang, walaupun coklat itu manis, tapi tak semanis muka abang ! Walaupun ais itu cair, tapi cair lagi cinta saya pada awak! Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan kita awak! Moga awak tetap cinta dan sayang saya sebanyak buih di lautan dan setinggi awan di langit!”

#29 “Kanda, hidungmu mancung macam Shah Rukh Khan, bibirmu merah bak delima, mukamu bujur macam sirih, lehermu jinjang macam zirafah. Tapi inginku katakan, cintaku cuma satu, hanya kamu di hatiku! Selamat hari ulang tahun percintaan kita kanda!”

#30 “Dua tiga harimau berlari, mana nak sama si harimau belang. Dua tiga boleh ku cari, mana nak sama si abang seorang! Happy Anniversary abang sayang”

#31 “ Wahai bidadariku, kau adalah amanahku hingga ke akhir hayatku. Aku mencintaimu setulus ikhlas hatiku. Aku menerimamu untuk melengkapi segala kekuranganku.”

#32 “Terima kasih untuk segala pengorbananmu melahirkan zuriatku. Satu pintaku, setialah bersamaku hingga ke akhir hayatku. Genggam tanganku tatkala jatuh bangunku. Akan ku pimpin tanganmu hingga ke pintu syurga bersamaku. Selamat hari ulang tahun cinta halalku.”

#33 “Sayang, semenjak sayang hadir dalam hidup abang, jiwa abang yang sepi terasa terisi. Sayang adalah cinta pertama dan cinta terakhir abang. Cinta abang pada sayang bukan sekadar kata-kata tapi ia adalah seluas lautan dan setinggi langit. Terima kasih kerana menerima abang menjadi suamimu. Selamat hari ulang tahun pernikahan sayang. Abang sayang awak dunia akhirat”

#34 “Terima kasih isteriku, menjadikanku pendamping dalam dirimu. Senyum dan tawamu membangkitkan semangatku setiap hari. Paut dakapanmu mencekalkan hatiku untuk lalui hari-hariku. Kaulah kekuatan diriku. Dirimu seumpama bidadari syurga, sungguh sentosa bersamamu, ibarat denai yang tenang. Sambutlah kasih dan sayangku di hari ulang tahun kita ini.”

#35 “Isteriku, apabila aku dalam kemarahan, kau bantu untuk menyejukkan. Apabila aku dalam kebuntuan, kau bantu untuk tunjuk jalan. Apabila aku lupa dan lalai, kau tegur dengan penuh berhemah. Apabila aku dalam kesakitan, kau hadir mengubat duka laraku. Aku bersyukur pada Tuhan kerana DIA menganugerahkan padaku isteri yang solehah, penyejuk mata dan ibu mithali buat anak-anakku. Terima kasih sayang.”

#36 “Semakin dekat dirimu pada Tuhan, semakin mendalamlah cintaku padamu. Sunggguh rasa cinta ini hadir dari DIA, Tuhan semesta alam. Kau jodoh terbaikku, isteri mithaliku dan ibu pada anak-anakku. Ku curahkan rasa kasih sayangku padamu kerana kau adalah amanah yang Tuhan kurniakan. Sambutlah cintaku setulus ikhlas hatimu, seindah sinaran mentari pagi. Aku menyayangimu sehingga hujung nyawaku. “Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan Isteriku Tercinta!”

#37 “Terima kasih sayangku untuk bertahun-tahun segala rasa cinta, sayang dan rindu. Kau melengkapi kekuranganku dan mengimbangi kelebihanku”. Selamat hari ulang tahun sayang!

#38 “Selamat hari ulang tahun perkahwinan kita yang ke ……  sayangku! Semoga perkahwinan kita kekal abadi sehingga ke akhir hayat. Terima kasih kerana sudi menerima kekuranganku dan melayan kerenah kenakalanku ini”.

#39 “Sayang, bersempena hari ulang tahun perkahwinan kita ini, diriku mendoakan semoga kasih sayang kita sentiasa bertambah dan tidak berkurang, tiada rasa benci antara kita, malah setiap hari, setiap masa, setiap detik dan setiap saat kita harungi segala pancaroba bersama-sama”. Selamat hari ulang tahun percintaan halal kita, sayangku!”

#40 “Sayang, walaupun badanmu semakin membulat, bagiku ia hanya seperti kucing comel yang kuat makan. Walaupun dirimu sering lambat bersiap, bagiku ia hanyalah detik jam berputar untuk detik bahagia kita. Gelagatmu adalah kegembiraanku!”

#41 “Buat kakakku yang disayangi, tahniah diucapkan. Buat abang, terima kasih kerana telah menjaga dan sentiasa menggembirakan kakakku hingga ke hari ini. Semoga hubungan perkahwinan kalian bahagia hingga  Jannah.”

Syukurlah, satu tahun telah berlalu. Semoga dengan sambutan hari ulang tahun perkahwinan dan dengan ucapan yang diberikan, Mama dan pasangan semakin bahagia hendaknya. 

Ucapan yang Mama Siti kongsikan itu, sesuai diberikan untuk suami, isteri, ahli keluarga dan kenalan. 


Dapatkan pelbagai lagi tips dan nasihat dalam hubungan serta beberapa panduan menarik yang lain di SINI!