KelabMama

4 Hari Drama Potty Train, Anak Kini Seronok Bebas Pampers

Susahnya, nak potty train anak. Bagilah alasan, cakap adik dah besar ke, pampers ni untuk baby je. Tapi anak tak nak dengar jugak,. Haih… Nak buat macam mana la…

Begitulah kerisauan para mama bila anak dah umur 3 tahun pun masih lagi nak pakai pampers. Bila kita larang, tak boleh pakai dah, si manja menangis. Nak buat potty train pun rasa susah sebab anak masih mahukan pampers untuk buang air kecil dan juga air besar.

Mama, nak latih anak untuk buang najis dan air kencing ni bukan satu perkara yang mudah. Tak semua anak yang boleh lalui fasa ni dengan cepat. Ada yang degil, ada yang cepat saja tangkap, ada pula yang kadang pergi membuang di tandas, kadang tu kencing berak dalam seluar saja.

Jadi, sebagai ibubapa, mama dan papa kena sabar dan faham dengan perkembangan anak-anak. Sebab perkara seperti potty train ni masih baru buat mereka.

Bila tengok anak orang lain dah boleh buang air dekat tandas, jangan lah pula compare kebolehan anak mama dengan anak orang lain. Setiap kanak-kanak tu kan ada ability dan juga skill yang berbeza.

Tapi, mama boleh cuba tips daripada ibubapa lain yang telah berjaya latih anak mereka bebas pampers. Contohnya, perkongsian daripada Puan Sarah Fadzil ni. Anaknya hanya ambil masa empat hari untuk buang air di tandas.

Hari ke-4 anak dah seronok kencing di tandas

Sebagai ibu pertama kali yang melalui fasa ini, sara rasa sangat teruja nak share pada ibu baru dan pertama kali yang akan melalui fasa sama ini seperti sara!

Sara tak sangka rupanya anak anak boleh sangat rupanya potty train dalam 4 hari seperti yang sara jumpa berlaku di barat dalam Pinterest.

So sara nak share sebagai panduan pada ibu yang baru nak mencuba. Apa yang sara belajar, kerjasama suami isteri amat penting. Tak boleh hanya seorang yang bersedia.

1. Berhenti pakai pampers pada hari pertama

Katakan pada dia jika nak terkencing beritahu mama. Beri anak rasa perbezaan tak pakai pampers. Beri anak rasa terkencing pertama kali dalam seluar tanpa pampers. Reaksi menangis, merengek, menjerit adalah biasa kerana anak merasakan ia perkara asing atau berbeza dari kebiasaan dia.Anak akan mula tahu “ooo terkencing tanpa pampers rasa macam ni, I need to go to toilet..” Pertama kali memang anak akan terkencing di dalam seluar selama beberapa kali . Teruskan.

Mama boleh mulakan potty training hanya apabila anak dan mama sendiri sudah bersedia.

2. Less mess on second and third day

Anak mula boleh beritahu tapi kadangkala terkucil juga jika leka bermain. Tugas kita tanya setiap 2-3 jam atau mudah saja nak cam, jika anak ada minum air sebelum itu dalam 1-2 jam ajak lagi atau tanya lagi.

3. Ketika anak bangun dari tidur, terus bawa ke tandas

Biasanya anak memang akan kencing ketika ini. Sebelum tidur juga perlu bawa lagi ke tandas.

Mama kena sentiasa bersedia dan tak boleh lupa untuk bawa anak ke bilik air sejam sekali.

4. Fourth day, anak akan selesa beritahu untuk ke tandas

Pada hari keempat, anak mula pandai beritahu untuk semua sesi kencing tanpa terkucil, dan juga sudah mula selesa dan seronok kencing di tandas. Time ni percayalah ibu ibu atau abah abah rasa nak terbang sebab rasa accomplished yang luar biasa. Cuba bawak anak keluar dan test. Kami cuba pakaikan pampers ketika keluar semalam to test, amazingly, anak tak kencing dalam pampers seperti selalu dan meminta untuk kencing di tandas seperti biasa.

5. Anak ambil masa untuk belajar buang air besar

Untuk berak, ianya mengambil masa, jangan putus asa jika ianya tidak berhasil, teruskan sahaja off pampers dan keep encourage anak untuk menggunakan tandas.

Penting buat mama untuk tidak sesekali marah atau cubit anak bila dia terkencing.

6. Done! Tak perlu pampers lagi!

7. Jom Cuba!

P/S: drama nak ke tandas banyak kali tu biasa. Kejap kejap nak kencing nak berak dalam 3 hari pertama. Kena banyak sabar , dia tengah nak tune.

P/S: Disclaimer : Tak semua boleh potty train at 2 years old. Baca dan research dulu ya. Make sure sensory all develop well and boleh start. Jangan paksa and push anak ya.

Sumber: Sarah Fadzil

BACA JUGA AKHIRNYA ANAK MAMA BEBAS LAMPIN

Pesanan Mama Siti:

Potty training boleh jadi sangat memenatkan dan makan masa. Jadi, kesabaran yang tinggi dan effort yang maximum sangatlah diperlukan. Mama Siti juga nak ingatkan, kalau anak mama dah berjaya buang air dekat tandas, pujilah dia. Besar impak pujian ni untuk anak kecil kerana ia jadi sokongan untuk si manja terus konsisten dengan usaha dia untuk sentiasa ke tandas.