KelabMama

Pernah Dengar 3R? Apa Itu Maksud Reduce Reuse Recycle?

kitar semula

3R ialah reduce reuse recycle yang bermaksud kurangkan, gunakan semula dan kitar semula.

Proses kitar semula ni perlu dimulakan dari rumah. Amalan kitar semula ni bukan je menyelamatkan bumi tapi dapat menjimakan wang Mama Papa dan satu lagi menjadikan Mama Papa seorang yang kreatif tau.

Mama Papa yang menggunakan tong sampah kitar semula perlu mengikut warna yang telah ditetapkan ye.

Kredit Gambar: Perstorp Sdn. Bhd.

Biru untuk kertas, coklat untuk kaca manakala warna jingga untuk aluminium dan plastik. Kalau nak lagi senang kan, di rumah lagi Mama Papa asingkan bahan kitar semula ni.

3R, Reduce Reuse Recycle?

Reduce

Reduce dalam bahasa melayu nya bermaksud, kurangkan. Pengurangan ni untuk proses meminimunkan sisa pepejal yang terhasil.

Sisa pepejal ni dapat dikurangkan dengan cara Mama Papa mengelakkan pembelian barang berbungkus atau pun pakai buang. Senang cakap jangan membazir lah.

Kalau Mama Papa pergi grocery jangan lupa siap-siap bawak beg shopping dari rumah tau. Dengan gunakan beg shopping ni dapat kurangkan penggunaan plastik.

Jadi tak perlulah dekat kaunter nanti nak mintak plastik dengan cashier kan sebab Mama Papa dah bawak beg shopping sendiri dah. Lagipun mintak plastik dah kena caj 20 sen kan.

Reuse

Kredit Gambar: RASA

Reuse bermaksud guna semula. Menggunakan semula barang yang telah dibuang dan barang tersebut di ubah suai.

Kalau Mama Papa seorang yang kreatif dan berinovatif dapat menghasilkan satu produk yang baharu dari bahan buangan tersebut tau. Secara tak langsung ia dapat menjimatkan wang Mama Papa jugak tau.

Macam tin susu, pasti atau sardin yang Mama beli tu kan lepas guna jangan terus buang tau. Basuh tin biar cuci selepas tu boleh lah cat, boleh buat letak sudu atau senduk Mama di dapur. Jadi tak perlu dah nak beli yang di kedai.

Recycle

Yang terakhir pula recycle iaitu kitar semula. Kitar semula ni memproses semula bahan buangan untuk menghasilkan barang yang baru.

Kita hantar barang yang lama atau yang dah tak digunakan lagi ke syarikat yang akan gunakkannya untuk hasilkan produk baru.

Jangan tak tahu ye, dalam kitar semula pun ada akta tau. Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal untuk menghasilkan keluaran.

Kitar semula ni mengubah bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Jadi, bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk yang baru tau.

Cara untuk Mencantikkan Persekitaran dengan Barang Terpakai

Dalam rumah Mama Papa mesti ada je kan barang terbuang? Apa kata dari barang tersebut dibiarkan mereput, Mama Papa cuba cari idea kreatif dengan barang terbuang ni, kitar semula kan kepada satu barang yang kreatif di rumah Mama Papa.

Kredit Gambar: Baharu

Idea kreatif ni dapat memberi ilham kepada Mama Papa dalam menggunakan barang terbuang kepada sesuatu yang lebih berguna. Cantikkan hiasan tayar yang tak digunakan kalau letak di halaman rumah.

Kalau bab hiasan hiasan rumah ni tak lain tak bukan lah serahkan kepada Mama kan, confirm menjadi punya idea Mama. Rumah pun nampak cantik dan mesra dengan barang kitar semula. Tak ada lah tayar tu tersadai je tepi rumah.

Kredit Gambar: Relaks Minda

Ni pun mungkin boleh dijadikan salah satu idea untuk dilakukan. Hiasan ni boleh lah letak di dinding ruang tamu. Nampak menarik kan? Kalau Mama tak boleh nak guna mesin tu kan, apa lagi Mama suruh lah Papa yang buatkan.

Senarai Tempat Recycle di Lembah Klang

Ni antara tempat yang Mama Papa boleh hantar barang untuk di recycle:

1. JK KLANG Recycle Sdn. Bhd. (746701-K)

Kredit Gambar: JK Klang Recycle Sdn. Bhd. (746701-K)

Alamat/No. Telefon

Waktu operasi

2. Aspen Recycle Sdn Bhd

Kredit Gambar: ASPEN RECYCLE SDN BHD

Alamat/No. Telefon

Waktu operasi

3. Klang Recycle Center

Alamat/No. Telefon

Waktu operasi

4. PK Metal Recycling

Alamat/No. Telefon

Waktu operasi

Nanti Mama Papa boleh lah pilih mana satu pusat kitar semula yang dekat dengan rumah Mama Papa. Jangan lupa asingkan barang-barang mengikut kategori terlebih dahulu sebelum pergi menghantar barang ye.

Jadi, pengurangan hasil sisa pepejal ni dapat dicapai melalui kaedah yang efektif dengan 3R iaitu, “pengurangan” diikuti “penggunaan semula” dan akhirnya “kitar semula”. 

Ingat 3R, ingat Reduce Reuse Recycle!


Dapatkan lebih banyak panduan di SINI.