KelabMama

3 Aktiviti Mudah Untuk Meningkatkan Perkembangan Kognitif Anak-anak

Perkembangan kognitif merupakan suatu proses dimana kanak-kanak belajar untuk mengenalpasti objek, menyelesaikan masalah, dan juga berfikir secara logik. Sebagai ibu bapa, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan perkembangan kognitif dan minda si manja. Antaranya adalah dengan bermain beberapa permainan yang mudah dan menyeronokkan.

Berikut merupakan tiga aktiviti yang Mama boleh lakukan bersama si manja untuk meningkatkan perkembangan kognitif mereka: 

Puzzle 

Puzzle membantu meningkatkan kemahiran berfikir, logikal, dan juga mencabar ketangkasan minda si manja. Anak-anak harus menyusun dan berfikir secara kreatif untuk mencantumkan cebisan puzzle bagi membentuk imej yang betul. 

Malah, aktiviti ini juga membuatkan kedua-dua bahagian otak si manja bekerja pada masa yang sama – bahagian kreatif bekerja untuk melihat sebuah puzzle yang siap, sementara bahagian logik pula bekerja untuk memadankan kepingan puzzle dengan betul dan membentuk imej yang sempurna. 

Board Games

Board Games seperti permainan dam haji, Monopoly, atau ular tangga dapat menggalakkan kemahiran mengira, berfikir, dan meningkatkan fokus mereka. Board Games yang juga lebih meriah apabila dimainkan bersama turut membantu kemahiran komunikasi anak-anak disamping mengeratkan hubungan kekeluargaan. 

Permainan Video 

Bertentangan dengan pendapat dan kepercayaan orang ramai bahawa permainan video hanyalah sumber hiburan yang boleh membawa kepada keburukan, permainan video sebenarnya sangat membantu dalam perkembangan kognitif si manja. 

Permainan dan aksi yang dipamerkan di skrin dapat meningkatkan koordinasi, kemahiran menyelesaikan masalah, dan juga memori anak-anak. Hal ini kerana, ketika mereka bermain permainan video, anak-anak harus menyelaraskan pergerakan visual, pemerhatian, dan fizikal mereka, disamping membuat keputusan dengan tepat dan tangkas agar mereka dapat ke peringkat seterusnya. 

Untuk menambahkan lagi keseronokan disamping meningkatkan kemahiran kognitif dan sosial anak-anak, Sunway Velocity Mall bakal mengadakan acara “March More Fun School Holiday” bermula 11 hingga 22 Mac ini!

Germ Buster Motion Sensor Game @ GF, Sunway Velocity Mall

11-22 Mac 2020

Sambil Mama membeli-belah di Sunway Velocity Mall jangan lupa untuk sertai permainan video, Germ Buster Motion Sensor Game dan berpeluang untuk mendapatkan pelbagai baucer eksklusif daripada beberapa rangkaian kedai kanak-kanak Sunway Velocity.

Para pengunjung hanya perlu bermain Germ Buster Motion Sensor Game secara PERCUMA, kumpulkan mata daripada permainan tersebut, dan tebus hadiah-hadiah dibawah (tanpa perbelanjaan minima!):

  1. Bagi 50 point dan ke bawah, anda boleh menebus diskaun, promosi atau sampel eksklusif*
  2. Bagi 50 point dan ke atas, anda boleh menebus baucer tunai* bernilai RM20.
  3. Untuk 50 ahli VeloKiddie pertama setiap hari dari 11-14 Mac 2020, anda juga berpeluang untuk mendapatkan baucer tunai RM30 & satu plushie kucing* – tanpa mengambil kira apa sahaja skor permainan video tersebut!

*Tertakluk kepada terma & syarat. 

Dalam masa yang sama, jangan lupa untuk mengambil peluang mendapatkan barang-barang kegemaran anak Mama dari Mums & Kids Bazaar. Bazar ini akan turut diadakan di ruang Germ Buster Motion Sensor Game sepanjang acara berlangsung.

Mama boleh membelanjakan baucer tunai di gerai terpilih, atau mana-mana kedai yang menjual barang kanak-kanak seperti Mothercare, Bath & Kids, Anakku, KidzB, kOkO BLOCK, Hippopo Baby Spa & Wellness, Chicco, Poney, Toys ‘R’ Us, Gymboree, 123 Bake & Cotton On Kids. Ini juga masa terbaik untuk membeli barang-barang ‘kembali ke sekolah’ buat anak-anak anda!

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Sunway Velocity Mall dan follow Facebook & Instagram Sunway Velocity Mall bagi mendapatkan info terkini mengenai acara tersebut dan pelbagai promosi menarik.