KelabMama

2 Jam Je! Had Masa Untuk Anak Duduk Dalam Car Seat

2 Jam Saja!- Itu Had Masa Untuk Anak Duduk Dalam Car Seat

Mama Siti faham pasti ada Mama dan Papa yang masih berperang dengan anak untuk paksa mereka duduk dalam car seat. Mama Siti faham ramai yang risau dengan had masa 2 jam car seat ni. Yalah, bayangkan kalau nak kemana-mana, takkan asyik nak kena berhenti je. Stres tu…

Stres tak stres, ada risiko yang anak Mama bakal alami kalau duduk lama-lama dalam car seat ni tau. Teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut.

Had masa untuk letak anak dalam car seat ni 2 jam JE!

Had Masa Car Seat: ‘2 Hour Rule

Walaupun dah pernah share sebelum ni, saya tetap nak panjangkan lagi perkongsian dari Dr. Putri Afzan Maria tentang carseat 2 hour rule dan info dari BabySafe ni. Ramai yang masih tak tahu, had masa yang disyorkan bagi anak kecil (bayi hingga kanak-kanak berusia 4 tahun terutamanya) boleh diletakkan / duduk dalam carseat tak melebihi 2 jam secara berterusan.

Risiko

Jika bayi dan kanak-kanak duduk dalam car seat melebihi 2 jam secara berterusan boleh menyebabkan:

Duduk dalam satu-satu posisi dalam tempoh masa yang lama akan memberikan tekanan pada tulang belakang. Bukan hanya orang dewasa, bayi dan kanak-kanak pun tak terkecuali mengalami masalah tulang belakang dan masalah kekejangan otot.

Lebih-lebih lagi, kalau struktur tulang belakang si manja masih belum kuat. Ia boleh mengganggu proses pertumbuhan tulang belakang dan menyebabkan masalah tulang belakang di masa hadapan.

Kajian menyarankan supaya rehat yang kerap perlu diambil dalam perjalanan yang panjang bagi membolehkan bayi tersebut diangkat keluar dari car seat itu.

Duduk Terlalu Lama Mengganggu Perkembangan Tulang Belakang

Menurut Dr. Dieter Breithecker pula, antara penyebab sakit belakang dikalangan kanak-kanak adalah proses perkembangan tulang belakang terganggu akibat dari pergerakan spontan yang terbatas (samada berbaring atau duduk dengan terlalu lama).

Sebab itulah, penting untuk Mama biarkan anak bergerak bebas lepas duduk dalam car seat selama 2 jam sebab pergerakan spontan dan aktiviti fizikal dapat bantu anak kembangkan semua otot dan menguatkan posturnya.

Dalam perjalanan jauh pula, mesti anak-anak Mama akan tertidur dalam car seat mereka kan? Meh sini Mama Siti nak pesan, saluran pernafasan bayi ni kecil dan sempit. Kalau bayi / kanak-kanak tidur dalam posisi kepala tertunduk ke depan, aliran udara ke paru-paru akan terbatas dan boleh menyebabkan kekurangan oksigen.

Bayi mungkin akan berisiko mengalami gangguan pernafasan jika diletakkan dalam posisi duduk di dalam car seat.

Apabila penurunan tahap oksigen dalam darah lebih rendah daripada 90% keadaan yang dipanggil ‘Hypoxia’ boleh berlaku. Bila keadaan ni berterusan dalam tempoh yang lama, ia bakal menyebabkan sawan, koma, kerosakan pada otak dan juga kematian!

Bayi dan anak kecil dengan tulang leher yang belum cukup kuat, bayi tak cukup berat, bayi pramatang, serta bayi dan kanak-kanak yang mempunyai masalah jantung / paru-paru berisiko tinggi untuk mengalami masalah gangguan pernafasan ni.

Tapi jangan risau sebab risiko ni semua dapat dikurangkan dengan penggunaan car seat dengan ciri keselamatan sokongan untuk kepala.

Had Masa 2 Jam Mengurangkan Risiko

Kebanyakan pengeluar car seat syorkan had masa 2 jam je bagi bayi dan kanak-kanak duduk dalam car seat dalam tempoh 24 jam kerana penggunaan yang lebih lama akan meningkatkan risiko-risiko tadi. Tapi penggunaan car seat dalam negara kita belum meluas apatah lagi kesedaran tentang risikonya. Sebab tu perlunya kesedaran dikalangan Mama Papa tentang langkah keselamatan yang perlu diambil ketika menggunakan car seat. Supaya Mama Papa beringat tentang masalah kesihatan yang boleh berlaku di masa depan.

Car seat direka untuk memastikan keselamatan bayi semasa di dalam kereta, bukan sebagai tempat tidur yang utama.

Perlu diingatkan ye walaupun penggunaan car seat masih berisiko, ianya mampu dielakkan dengan:

Risiko gangguan kesihatan ini juga ternyata lebih rendah berbanding risiko kematian bayi dan kanak-kanak akibat kemalangan.

Jangan Jadikan Alasan!

Lepas ni Mama Papa jangan pula jadikan ianya alasan untuk tak nak gunakan car seat. Car seat ni PENTING! Pastikan Mama Papa guna car seat dengan cara yang betul dan tepati had masa yang disyorkan. Pastikan juga bayi dan kanak-kanak dalam car seat sentiasa diawasi seseorang / penjaga / dipantau keadaannya.

Bagi perjalanan yang jauh, sebaik-baiknya rancang dulu perjalanan supaya dapat berhenti setiap 2 jam. Kalau boleh, berhenti rehat di mana-mana hentian yang selamat selama 10-15 minit. Penting untuk Mama pastikan anak Mama dapat berbaring, bergerak, berehat, meregang dan meluruskan tulang belakang seketika.

Ibu bapa perlu peka untuk mengangkat anak seketika daripada baby car seat sekurang-kurang sekali bagi setiap 2 jam.

Lagipun, tindakan kita ni bukan untuk jaga kesihatan si manja je. Mama Papa pun boleh guna kesempatan ini untuk berehat, segarkan badan dan tambah bekalan makanan jika perlu. Perjalanan pun jadi lebih seronok kalau badan kita segar-bugar kan?

P/S: ‘2-hour rule’ ni bukan setakat penggunaan car seat je tapi termasuk juga carrier, bouncer dan lain-lain sitting devices. 2 in 1 carrier car seat ni selalunya digunakan ketika shopping. Penting untuk keluarkan anak sekejap supaya dapat stretch tulang belakang sementara tukar diapers tu. Tukar anak dalam posisi berdiri dan kalau boleh baringkan sekejap (jika di baby room), sebelum sambung shopping berjam-jam pula.

Sumber: Yatie Eimra

BACA JUGA IBU BAPA WAJIB TAHU 7 POIN PENTING PENGGUNAAN CHILD CAR SEAT!

Pesan Mama Siti:

Mama Siti perasan, kita sebagai Mama Papa bila dah seharian travel, anak pun tertidur. Yalah, letih tu satu, lepas tu lama betul nak boleh sampai ke destinasi. Dek kerana kesian dengan anak-anak, kita pun biarkan dia tidur atas car seat untuk tempoh masa yang lama. Tak boleh macam tu Mama! Bangunkan dia dan bawa dia berjalan. Regangkan tubuh. Mama mesti tak nak anak Mama ada sakit tulang belakang kan?