KelabMama

15 Tempat Menarik di Thailand Yang Semakin Menjadi Tarikan Pelancong!

tempat menarik di Thailand wajib pergi

Kalau sebelum ni Mama Siti pernah kongsikan senarai tempat best di Hat Yai, kali ni, Mama Siti nak kongsikan pulak tempat menarik di Thailand secara keseluruhannya – mmm mungkin tak semua, tapi, Mama Siti dah senarai pendek tempat yang sering menjadi kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara.

Kalau ke Thailand, Mama kena jangkakan untuk melihat banyak binaan kerajaan lama, seni budaya dan keindahan semulajadi yang memukau. 

15 Tempat Menarik di Thailand

“Musafir lah, kau akan temukan hikmah dari perjalanan itu” 

Mama Siti pegang kuat-kuat nasihat itu hingga ke hari ini. Kerana dengan merantau, kita mendidik diri menjadi orang yang rendah diri dan menghargai kehidupan. 

#1 Dreamworld Bangkok

Kredit gambar: Oriental Escape

Kalau di barat ada Disneyland, dekat Thailand pun ada taman tema iaitu Dreamland. 

Mama boleh menonton pertunjukan haiwan “The Animal Show” serta aksi berprestij “Hollywood Action”.

Tidak hanya kanak-kanak, malah orang dewasa yang datang pun tak tertarik nak berseronok di taman tema Bangkok ini.

Antara permainan yang menarik untuk dicuba di sini termasuklah “Hurricane Ride”, “Viking Ride”, “Tornado Ride”, “Super Splash” dan “Grand Canyon Ride”.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat: 10 pagi – 5 petang & Sabtu – Ahad: 10 pagi – 6 petang

Alamat: 62 หมู่ที่ 1 ถนน รังสิต – องครักษ์ Bueng Yitho, Thanyaburi District, Pathum Thani 12130, Thailand

#2 Siam Niramit Theatre Show

Kredit gambar: Get Your Guide

Teater ini mempunyai kapasiti sebanyak 2,000 tempat duduk untuk pengunjung menikmati persembahan kisah sejarah serta budaya Thailand.

Sebelum persembahan bermula, pelbagai aktiviti seperti demonstrasi tenunan kain sutera dan Muay Thai juga turut dipaparkan.

Bagi Mama yang pencinta seni, jangan lepaskan peluang untuk melawat tempat ini!

Alamat: Huai Khwang, Bangkok 10310, Thailand

#3 Sungai Chao Phraya

Kredit gambar: Al.geba / Shutterstock.com

Sungai Chao Phraya ialah sebuah sungai yang terkenal dan terpanjang di Thailand. Sungai ini menjadi simbol kemajuan Bangkok.

Sungai ini masih menjadi salah satu laluan utama untuk orang awam pergi ke tempat kerja menggunakan perkhidmatan feri.

Dinamakan Chao Phraya yang bermaksud ‘Sungai Raja’ atau ‘sungai yang dimiliki oleh tuhan’.

Para pelancong boleh menaiki feri river cruise untuk menikmati pemandangan yang indah sepanjang sungai ini.

#4 Umphang

Umphang ialah sebuah kampung bersempadan dengan negara jiran, Myanmar.

Di sini lah lokasi air terjun terbesar negara Thailand yang dikenali dengan nama Tee Lor Su.

Beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di sini termasuklah berkayak, bermandi-manda dan menjelajah hutan.

Alamat: อำเภออุ้มผาง, Tak 63170, Thailand

#5 Koh Samui

Koh Samui mungkin salah satu destinasi yang Mama cari! Koh Samui merupakan antara pulau dan tempat menarik di Thailand yang popular dalam kalangan pelancong yang inginkan suasana ‘healing’.

Beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di sini termasuklah berkelah, snorkeling, lawatan ke Taman Rama-Rama Samui dan melihat Patung Buddha disaluti gangsa.

Alamat: Koh Samui District, Surat Thani, Thailand

#6 Pasar Terapung

Kredit gambar: amnat30 / Shutterstock.com

Mama juga dapat menikmati pengalaman menaiki sampan sambil berbelanja di sini!

Barang yang dijual termasuklah rempah, barang basah, kering, makanan dan lain-lain.

Untuk pengetahuan Mama, terdapat dua lokasi pasar terapung yang popular di Thailand iaitu Amphawa dan Damnoen Saduak.

Alamat: 51 Damnoen Saduak, Damnoen Saduak District, Ratchaburi 70130, Thailand

#7 Doi Suthep

Doi Suthep ialah salah satu kuil yang paling penting di Chiang Mai. Ianya terletak di puncak bukit dan masih digunakan hingga kini.

Satu lagi bangunan bersejarah yang masih utuh berdiri, walaupun dibina pada tahun 1383, adalah Doi Suthep.

Ada dua pilihan untuk sampai ke kuil ini, sama ada dengan mendaki 300 anak tangga atau menggunakan lif.

Di sini, Mama dapat menikmati kecantikan dan keunikan seni bina yang menarik di dalam kuil ini.

Alamat: 9 หมู่ที่ 9 Mueang Chiang Mai District, Chiang Mai 50200, Thailand

#8 Bandar Bersejarah Ayutthaya

Kawasan ini dahulunya merupakan sebuah bandar yang dibina istana bersejarah dan kuil-kuil. Setiap satu binaan itu mempunyai sejarahnya tersendiri. 

Menarik lagi, semua bangunan di sini dibina semasa zaman kerajaan Ayutthaya iaitu zaman dimana negara Thailand belum ditubuhkan lagi. 

Alamat: 196 หมู่ที่ 4 Khlong Tho Rd, Pratu Chai Sub-district, Phra Nakhon Si Ayutthaya District, Phra Nakhon Si Ayutthaya 13000, Thailand

#9 Sukhothai Old City

Kota Lama Sukhothai ialah tapak yang diiktiraf sebagai Warisan Dunia, sama seperti di beberapa tempat di negara kita iaitu Georgetown dan Melaka.

Mama akan melihat banyak bangunan Wat di sini memandangkan majoriti penduduk Thailand menganut agama Buddha.

Binaan-binaan di sini masih teguh berdiri walaupun ada beberapa struktur runtuh. 

Hebat bukan binaan orang dulu-dulu boleh bina bangunan seperti ini pada abad ke-13.

Alamat: หมู่ที่ 3 498/12 Mueang Kao, Mueang Sukhothai District, Sukhothai 64210, Thailand

#10 Taman Negara Khao Yai

Kredit gambar: Agoda.com

Taman negara ini ialah lokasi air terjun, pelbagai spesies burung dan banyak lagi flora dan fauna. 

Ia juga menawarkan pengalaman bermalam di dalam hutan di tapak perkhemahan yang disediakan. 

Namun, gajah masih menjadi tarikan utama bagi pengunjung yang datang ke taman negara Thailand ini.

Alamat: Mu Si, Pak Chong District, Nakhon Ratchasima 30130, Thailand

#11 Sunday Walking Street, Chiang Mai

Kredit gambar: CK Travels

Berbagai-bagai hidangan makanan dijual di sini, termasuklah makanan ringan khas buatan Thailand.

Setelah memenuhi hasrat membeli-belah makanan, kunjungilah gerai-gerai yang menjual item-item unik sebagai oleh-oleh atau tanda kenangan.

Alamat: Rachadamnoen Rd, Tambon Si Phum, Mueang Chiang Mai District, Chiang Mai 50200, Thailand

#12 Grand Palace, Bangkok

Kredit gambar: Wikipedia

Istana lama ini merupakan tempat bersemayam keluarga diraja Thailand suatu masa dahulu pada tahun tahun 1782. 

Istana bersejarah ini menjadi tarikan Bangkok, lebih-lebih ianya terletak di ibu kota Thailand. 

Alamat: Na Phra Lan Rd, Phra Borom Maha Ratchawang, Phra Nakhon, Bangkok 10200, Thailand

#13 Koh Phi Phi

Kredit gambar: Gecko Routes

Dua perkara yang menjadi tarikan di sini ialah Pulau Phi Phi Don atau  Pantai Monyet dan Maya Bay.

Terdapat juga gerai yang menjual makanan ringan Thailand disini, jadi Mama tidak perlu risau tentang tempat makan.

Alamat: Krabi, Thailand

#14 Railay Beach

Kredit gambar: Tripadvisor

Di sini, Mama boleh melakukan aktiviti berkayak, snorkeling dan meneroka Gua Berlian.

Pantai Railay di Krabi terkenal kerana pasir putih, air birunya serta kejadian alam semulajadi yang unik. 

Pantai ini juga merupakan persinggahan pertama pelancong sebelum memulakan pendakian.

Alamat: Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi, Thailand

#15 King Rama IX Park

Kredit gambar: winggodpartmaker / Shutterstock.com

Suasananya tenang dan sedap mata memandang. Boleh lah Mama berehat dan nikmati keindahan yang ada di taman ini. 

Taman ini juga menyediakan aktiviti rekreasi yang menyeluruh  laluan basikal, kolam renang, dan taman permainan kanak-kanak. 

Alamat: Chaloem Phrakiat Ratchakan Thi 9 Rd, เเขวง หนองบอน Prawet, Bangkok 10250, Thailand

Kredit gambar: thrillist.com

Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Thailand di mana binaan kerajaan lama, seni budaya dan keindahan semulajadi masih elok terpelihara. 

Diharap perkongsian tempat menarik di Thailand ini memberi pendedahan ringkas sebagai panduan Mama sebelum bercuti ke negara yang kaya dengan budaya, makanan, dan pelbagai tempat pelancongan ini. Selamat bercuti!


Jom ke pelbagai tempat menarik di Malaysia dengan klik SINI.