Baru-baru ni, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) umumkan senarai 12 jenis makanan dan minuman yang dilarang terus dijual di sekolah. Tujuan utama larangan ni adalah untuk memastikan anak-anak kita dapat makanan yang lebih sihat, berkualiti, dan mampu menyokong perkembangan mereka dari segi fizikal dan mental.
Sebagai Mama, kadang-kadang kita fikir makanan macam ni “biasa je”, tapi kalau anak makan berulang kali setiap hari di sekolah, risikonya boleh menyebabkan anak-anak obesiti, gigi rosak, sukar fokus dalam kelas, malah boleh jejaskan kesihatan jangka panjang. Jadi Mama, larangan ni sebenarnya sangat penting untuk kita sama-sama ambil serius.
12 Jenis Makanan & Minuman yang Dilarang
Mama, larangan ni bukan untuk “menyekat keseronokan” anak makan apa yang mereka suka. Ia lebih kepada mendidik anak-anak untuk memilih makanan yang lebih baik untuk kesihatan mereka.
Bila pihak sekolah dapat mengawal penjualan makanan, kita sebagai Mama Papa pun lebih yakin anak-anak tak makan sembarangan masa di sekolah.
Bila Anak Makan Lebih Sihat, Apa Perubahannya?
- Anak dapat makanan lebih seimbang dan berkhasiat.
- Risiko obesiti, kencing manis, darah tinggi dan masalah gigi berkurangan.
- Anak lebih fokus belajar sebab tak cepat penat atau sugar rush.
- Bantu anak belajar amalan pemakanan sihat sejak kecil.
Mama Siti sokong sangat langkah ni. Betul, kadang kita rasa kasihan tengok anak tak dapat beli makanan yang mereka suka, tapi kesihatan jangka panjang lebih penting.
Sebagai Mama, kita pun boleh main peranan dengan bekalkan makanan sihat dari rumah seperti sandwich telur, buah potong, atau biskut tinggi serat.
Bila anak terbiasa dengan makanan sihat dari kecil, insyaAllah mereka akan membesar jadi generasi yang lebih sihat, cerdas dan kuat. Ingat Mama, anak sihat, hati Mama tenang!
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Ada banyak lagi info menarik yang Mama Papa boleh explore, di SINI.