KelabMama

10 Tawaran Destinasi Menarik Bersama Keluarga Dari Wonderfly Asia – Lebih Seronok dan Lebih Jimat!

Bila menjadi seorang mama ni, anak-anaklah yang menjadi keutamaan kita. Merekalah ‘raja’ merekalah ‘permaisuri’ di rumah. Apa saja yang kita lakukan, semuanya berkaitan dengan mereka. Itu ini anak. Nak pergi bercuti pun fikirkan anak-anak dulu – apa yang mereka suka, aktiviti macam mana yang boleh menggembirakan hati mereka dan sebagainya.

Untuk memudahkan mama sekeluarga, KelabMama senaraikan beberapa tempat-tempat menarik di Malaysia yang sesuai untuk mama luangkan masa seisi keluarga. Pasti anak-anak mama tersenyum gembira!

1) Aquaria KLCC

Ini bukan sebarang Aquaria tau. Di sini menawarkan lebih daripada 5000 pameran hidupan akuatik yang berbeza. Berada di Aquaria akan membawa mama sekeluarga menerokai dataran tinggi berkabus hingga ke laut biru yang dalam. Berjalan di terowong sepanjang 90 meter pasti buatkan anak-anak serta mama sendiri teruja tatkala melihat ikan pari, jerung dan penyu dengan jarak yang begitu dekat. Lebih menarik kalau mama ke Aquaria ketika sesi memberi makan. Memerang, obor-obor, kuda laut, ikan pirana dan pelbagai spesis lain akan diberi makan setiap hari pada slot masa yang berbeza. Bukan sekadar melihat, mama dan anak-anak juga boleh menyentuh dan memberi makan kepada beberapa hidupan ini juga tau!

Istimewa dengan Wonderfly Asia, mama boleh dapatkan pas masuk ekspres dengan harga yang lebih murah. Lagi best kalau mama upgrade pas masuk untuk merasai pengalaman ARV di mana mama dapat berada di dalam Holodeck MOON Lab di Stesen Aquarius untuk mendekati hidupan yang menakjubkan melalui Reality Augmented.

2) Sunway Lagoon

Dengarkan anak-anak mama melaungkan “TEMPAT TERBAIK YANG MEREKA PERNAH PERGI” kepada rakan-rakan mereka selepas mama membawa mereka ke pengembaraan yang menggembirakan di Sunway Lagoon. Terdapat 6 Adventure Zone yang menarik, iaitu bermain air di Water Park, menikmati hiburan di Amusement Park, melihat hidupan liar di Wildlife Park, hilang suara di Extreme & Scream Park dan kembalikan memori zaman kanak-kanak mama di Nickelodeon Lost LagoonNickelodeon Themes Land pertama di Asia.

Apa lagi mama, jangan tunggu lama-lama. Dapatkan tiket Sunway Lagoon di Wonderfly sekarang. Mama juga tak perlu beratur panjang untuk menikmati 21 rides terpilih dengan upgrade untuk dapatkan gelang Quack Xpress. Untuk memudahkan mama, jangan lupa dapatkan sekali locker, double tube, dan baucer makan dengan pembelian secara pakej!

3) Sunway Lost World of Tambun

Tempat seterusnya yang mama wajib bawa anak-anak mama semasa cuti sekolah ini ialah Sunway Lost World of Tambun. Buat pertama kalinya, Barbie dan Hot Wheels dari Mattel akan berada di Lost World of Tambun tau. Ada banyak aktiviti yang menyeronokkan dan pertunjukan untuk ditonton Disember ini. Bayangkan, teh parti merah jambu bersama Barbie dan aksi vroom-vroom dari Hot Wheels. Termasuklah cenderahati eksklusif juga akan dijual!

Ini semua tambahan kepada 6 taman yang mama akses iaitu Lost World Water Park, Amusement Park, Tin Valley, Tiger Valley, Petting Zoo dan Adventure Park. Tempah tiket mama sekarang di Wonderfly dan rancang perjalanan mama!

4) Skytropolis Genting Indoor Theme Park

Lepas ni tak ada alasan untuk batalkan plan mama kerana keadaan cuaca di Skytropolis Genting Indoor Theme Park. Malah tak ada siapa yang akan berpeluh dalam cuaca ini juga tau! Jangan ketinggalan untuk merasai ride yang paling menyeronokkan seperti Spin Crazy, Power Surge, Disco, Music Express dan Bumper Boss.

Alunan muzik, cahaya lampu dan keseronokan menjadikan taman tema yang seluas 400,000 kaki persegi Vegas untuk mama dan keluarga. Wonderfly akan memberi mama ride tanpa had dengan 1-Day Pass Preview yang hanya boleh didapati secara online saja! Terletak di First World Plaza, bersebelahan dengan SkyAvenue, bersiap sedialah untuk perjalanan ke puncak dunia yang takkan dapat dilupakan!

5) Legoland

Ada benda yang takkan pernah berhenti, seperti cinta kanak-kanak terhadap LEGOs. Bata plastik yang dapat mencetuskan dunia imaginasi dan kreativiti kini telah berkembang menjadi taman tema yang menyeronokkan. LEGOLAND versi Malaysia terletak di Johor Bahru. Kesemua tunggangannya sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa seperti The Dragon, yang cukup menakutkan untuk anda tunggang lagi.

Terokai dunia Ninjago, Miniland, Imagination Play World, LEGO Technic, LEGO Kingdoms, LEGO City dan Land of Adventure. Dengan ride luar dan dalam serta banyak ruang untuk diterokai, jangan lupa untuk lawat LEGOLAND SEA Life. Bertemu dengan kehidupan laut melalui cerita, paparan interaktif dan pertemuan ajaib. Dapatkan tiket mama di sini dan biarkan perjalanan mama dihiasi piksel LEGO, terima kasih kepada Wonderfly!

6) Kidzania

Jangan risau kita tak bawa anak-anak ke tempat kerja tapi mama masih boleh biarkan anak-anak mama alami sendiri apa yang mereka suka, di tempat yang mesra kanak-kanak di Kidzania. Tidakkah mama terfikir inilah masanya untuk mereka berada ditempat mama untuk seketika?

Dengan kawasan seluas 80,000 kaki persegi adalah replika dunia sebenar untuk anak-anak mama merasai sendiri pekerjaan nyata dalam persekitaran interaktif. Anak-anak mama akan mendapat Kidzos (mata wang Kidzania), mencuba pekerjaan yang berbeza, membuat sendiri makanan tengah hari dan aktiviti kreatif lain. Mama boleh dapatkan tiket melalui Wonderfly dan bawa anak-anak mama ke dunia ‘sebenar’!

7) Farm In The City

Cukup dengan ladang di alam maya! Jom ke Farm In The City yang terletak di Seri Kembangan. Bertemu dan memberi makan kepada haiwan berbulu seperti alpacas, rakun, arnab, kuda dan guinea pig. Jangan lupa untuk cuba memancing longkang juga!

Dengan 11 habitat berbeza untuk diterokai, jangan ketinggalan masa makan istimewa, menunggang kuda pony, pertunjukan burung nuri dan lautan fauna di sekeliling mama. Jangan ragu lagi untuk dapatkan tiket mama untuk versi baru The Garden of Eden di Wonderfly!

8) Zoo Negara

Mama lebih suka melihat haiwan eksotik dan liar? Zoo Negara lah jawapannya! Dengan keluasan 110 ekar, Zoo Negara adalah tempat yang tepat sekali untuk membawa keluarga mama. Berjalan sambil melihat gajah, harimau, rusa tikus, dan mamalia lain yang berasal dari Malaysia. Bukan tu je, mama juga akan dibawa ke Savannah Afrika untuk melihat zirafah, zebra, kijang, dan banyak lagi spesis lain. Ada satu pameran yang mama tak boleh ketinggalan iaitu Pusat Pemeliharaan Panda Gergasi. Bertemu dengan Xing Xing dan Liang Liang, si panda gergasi yang dipinjamkan kepada pihak Zoo Negara oleh Republic of China.

Mama kena tahu bahawa Zoo Negara kini telah menjadi zoo berkonsep terbuka dengan 90% haiwannya diletakkan di kawasan yang luas mengikut kesesuaian jenisnya. Apa tunggu lagi? Wonderfly kini menawarkan kadar masuk khas untuk mama!

9) Underwater World Langkawi

“Happy kids with happy feets” – itulah yang akan dilakukan oleh anak-anak mama selepas melawat Underwater World Langkawi. Terletak di kawasan pelancongan Pantai Cenang, masuk ke premis dan menyelam ke Tropical Rainforest dan River Ecosystem, Marine Ecosystem, dan kesukaan pengunjung, Sub-Antartic Ecosystem. Di sinilah tempatnya untuk melihat rockhopper dan penguin kaki hitam dengan lebih dekat di ‘penguin-arium’!

Teruja dengan paparan terumbu karang yang berwarna-warni serta kerang. Buka mata seluasnya untuk melihat ikan air tawar gergasi, kenali serangga di Invertebrate Section dan lihat belut belukar di Poisonous dan Venomous Section. Tak lengkaplah lawatan ke akuarium tanpa bertemu dengan ikan jerung dan ikan pari besar. Perjalanan ke Langkawi hanya akan sempurna kalau mama melawat Underwater World Langkawi. Dapatkan tiket masuk mama sekarang dengan harga yang rendah di sini, eksklusif dari Wonderfly khas untuk mama!

10) Entopia by Penang Butterfly Farm

Entopia adalah tempat di mana serangga tak dianggap sebagai binatang merangkak yang menyeramkan tapi makhluk yang menarik dengan enam (atau lebih) kaki. Berjalan ke Natureland, kubah gergasi yang menempatkan 15,000 rama-rama terbang bebas dari 60 spesis yang berbeza. Cuddle in The Cocoon, merupakan sebuah ruang dalaman yang membongkar rahsia metamorfosis si rama-rama. Bukan itu je, mama juga boleh belajar tentang cacing, kunang-kunang, kalajengking dan reptilia lain di sini.

Penuh dengan informasi, prop yang interaktif, latar belakang yang menarik untuk sesi bergambar dan cenderahati kreatif, Entopia by Penang Butterfly Farm memberikan keseronokan kepada keluarga tempat pembelajaran yang menyeronokkan untuk orang muda dan tua! Ia juga menjadi tempat yang wajib dilawati di Pulau Pinang. Jom beli tiket mama dengan harga eksklusif di Wonderfly sekarang!

Dengan 10 tempat yang luar biasa dimasukkan dalam senarai wajib pergi sebelum cuti akhir tahun berakhir, Mama Siti ingin menawarkan TAWARAN yang lebih menarik lagi! Gunakan kod-kod ini untuk PENJIMATAN EKSTRA sebelum mama check out!

Gunakan MERRY6 untuk mendapatkan tambahan 6% dari pembelian minimum RM100.

Gunakan SNOWY7 untuk mendapatkan tambahan 7% dari pembelian minimum sebanyak RM250.

Gunakan JOLLY8 untuk mendapatkan tambahan 8% dari pembelian minimum RM500.

Dapatkan pengesahan SEGERA selepas pembelian. E-tiket akan dihantar ke e-mel mama selepas pembayaran telah diterima oleh Wonderfly.

Mama ada masa untuk mencetak tiket? Tak! Gunakan e-tiket mama di pintu masuk untuk masuk. Bak kata anak mama, “easy peasy lemon squeezy”.

Untuk melihat lebih banyak destinasi untuk dikunjungi, check out Wonderfly sekarang!