KelabMama

10 LANGKAH AGAR SI KECIL BENCI JUNK FOOD

Kebanyakkan ibubapa memberi alasan mereka tidak mampu menghalang anak mereka daripada memakan jajan. Kenapa? Adakah sudah dididik sebaiknya tentang makanan sihat, kandungan makanan dan diajar membaca label serta kesannya terhadap kesihatan dan perkembangan anak? Ikuti langkah ini jika anda mahu anak anda ‘katakan tidak’ pada jajan atau makanan ringan.

 

  1. Langsung tiada pilihan makanan tidak sihat didalam rumah. Tiada processed foods, jajan dan fast food. Tiada biskut, air berperisa komersial dan gula putih.
  1. Kenalkan mereka kepada virus dan bakteria. Kaitkan ia dengan makanan tersebut. Tunjukkan gambar dari internet, video dan bedtime story.
  1. Semasa makan sentiasa sebut khasiat makanan supaya mereka teruja.

 

  1. Tiada cheat day, melainkan dalam darurat. Itu pun selepas diterangkan dan mendapat persetujuan mereka.
  1. Dedahkan mereka pada kandungan utama makanan tak sihat seperti pengawet, pewarna tambahan, perisa tambahan dan bahan-bahan kimia lain. Ajak mereka baca label walaupun hakikatnya mereka belum pandai membaca.
  1. Jika anak teringin rasa makanan yang dilarang, jangan marah. Belikan sedikit untuk dirasa. Kemudian basuh minda mereka bahawa makanan tersebut bukan sahaja tidak sihat malah tidak sedap.

 

  1. Jika mereka terlihat iklan makanan tidak sihat segera menyangkal supaya tidak tergoda.
  1. Ibu bapa sendiri perlu menjadi contoh yang baik.
  1. Jangan memarahi anak jika mereka bertindak memakan secara sorok-sorok. Ini kerana kita hanya mampu melindungi, memberi ilmu dan menyediakan makanan yang sihat dan berkhasiat.
  1. Didik anak meminta maaf pada diri sendiri kerana perbuatan menganiaya tubuh sendiri. Beritahu mereka yang akan menanggung akibatnya jika mereka sakit. Ibubapa hanya mampu menasihati.