KelabMama

10 Kedai Buku Kanak-Kanak Preloved Yang Mama Wajib Singgah

10 Kedai Buku Kanak-Kanak Preloved Yang Mama Wajib Singgah

Habis buku-buku kat rumah ni anak-anak baca. Nampaknya kena tambah buku baru ni.

Baiklah, persoalannya sekarang, NAK BELI KAT MANAAAA????

Rak buku dan himpunan buku buku di dalam sebuah rumah amat membantu membentuk sikap membaca di kalangan ahli keluarga.

Buku kanak-kanak sekarang pun mahal tau. Kalau yang dari luar negara tu, mahu harganya mencecah puluhan ringgit. Nak tunggu Big Bad Wolf, lambat lagi. Tapi kalau yang preloved pun ok, asalkan condition dia elok.

Jadi, apa kata Mama Siti bawa para ibu sekalian singgah beberapa ‘port’ terbaik untuk beli buku kanak-kanak terpakai atau preloved ni. Mama jangan pandang sebelah mata terhadap buku second hand ni. Walaupun second hand, bukunya elok dan kebanyakannya pula jenis yang diimport dan berkualiti. Harga dia? Murah dan memang takkan terkeluar dari bajet mama. Memang berbaloi kalau nak borong banyak-banyak!

10 ‘Port’ Buku Kanak-Kanak Terpakai Yang Murah & Berkualiti Di Malaysia

1. My Children’s Book

Istimewanya My Children’s Books ni sebab ia mempunyai koleksi buku terpakai yang sangat banyak dan dikatalogkan dengan begitu teratur melalui laman web mereka. Mama boleh pilih dari kategori usia anak, penulis, jenis board book, paperback dan sebagainya.

Kalau pening sangat nak pilih, isi saja kata kunci dan buku-buku akan dipilih mengikut kata kunci tersebut. (Contohnya nak cari buku ‘truck’, boleh terus taipkan ‘truck’.)

Mereka juga kerap mengiklankan buku-buku terpilih melalui Facebook page mereka dari semasa ke semasa.

Ha, kalau mama nak tahu mama boleh dapatkan buku dengan harga serendah RM4 dan free postage di seluruh Semenanjung Malaysia bagi pembelian melebihi RM100. Wah!

Facebook: My Children’s Books

Laman Web: https://www.childrensbooks.my/

Lokasi: 7-2 Jalan Dato Haji 1, Taman Tan Yew Lai, 58200 Kuala Lumpur.

2. Galaxi Buku Kanak-Kanak Terpakai

Satu lagi port yang best dan sangat berbaloi untuk beli buku kanak-kanak preloved yang berkualiti adalah di Facebook page Galaxi Buku Kanak-kanak Terpakai atau Little Book Fiesta.

Macam-macam jenis buku ada, daripada bayi sampailah remaja. Mama boleh rambang mata tau!

Yang paling best, kalau mama nak let go buku anak mama yang masih elok lagi, datanglah sini. Mereka ada tawarkan perkhidmatan membeli buku-buku yang mama nak let go tu.

Facebook: Galaxi Buku Kanak-kanak Terpakai / Little Book Fiesta

Lokasi: 22A-2 Ken Rimba Commercial Centre, Jalan Lengkuas C 16/C, Ken Rimba, 40200 Shah Alam.

3. Ernest Reading Corner

Mendapat rating 5/5 di Facebook page mereka, Ernest Reading Corner merupakan antara satu lagi tempat yang ibu-ibu boleh melabur untuk mendapatkan buku terpakai yang berkualiti dengan harga yang murah.

Ada pelbagai pilihan buku kanak-kanak jenis bergambar, aktiviti, board books dan sebagainya.

Facebook: Ernest Reading Corner

4. Little Jannah Book Store

Untuk orang-orang Melaka yang susah nak cari buku preloved kanak-kanak ni, ha Mama Siti nak share satu ‘lubuk’ baik punya untuk dapatkan buku preloved kanak-kanak iaitu di Little Jannah Book Store.

Yalah, kadang-kadang nak beli banyak terus, fikir postage fee pula mahal. Tapi tak apa sebab mereka menawarkan perkhidmatan cash on delivery secara terus di Bukit Katil.

Mereka juga akan update bila ada buku terbaru. Nak buat pembelian mengikut kilo pun boleh. Nama pun Little Jannah. Syurga buku kecil ni pasti akan buatkan anak mama riang sentiasa!

5. Yazminz Book Corner

Tadi orang Melaka, sekarang orang Sarawak pula, terutamanya orang Miri, ada banyak pilihan buku preloved kanak-kanak yang berkualiti yang boleh didapatkan melalui Yazminz Book Corner.

Seperti yang kita tahu, postage fee dari Semenanjung ni mahalnya ya ampun. Kalau nak yang murah, mungkin ambil masa sikit. So, boleh follow Facebook Yasmin Ruth atau Yazminz Book Corner untuk pembelian. Penghantaran pun cepat!

Facebook: Yazminz Book Corner / Yasmin Ruth

6. Happy Dazanak

Di KL banyak, di Melaka ada, Sarawak pun ada. Eh, Happy Dazanak ada kat Sabah juga tau!

Kedai buku yang berpusat di Penampang, Sabah menjual buku kanak-kanak terpakai / preloved dari Australia.

Mama boleh dapatkan pelbagai jenis buku di sini dengan harga yang mampu milik. Yang pasti, dapat jimat postage. Senanglah orang Sabah nak beli online lepas ni kan?

Ha, tunggu apa lagi, follow lah FB mereka untuk update terbaru!

Facebook: Happy Dazanak

7. Nafeesastorytime

Banyak juga koleksi buku kanak-kanak yang murah (serendah RM1), ada yang rare dan limited edition di nafeesastorytime.

Ini link FB Page mereka.

Facebook: nafeesastorytime

IG: nafeesastorytime

Beberapa lagi page yang aktif dan selalu update koleksi buku preloved kanak-kanak yang menarik adalah seperti di bawah:

8. Little BanJawa

9. Jolly Preloved Books Group

10. Little Rainbow Bookstore

Selain di page ini, mama boleh juga join group Facebook seperti:

Tak Rugi Tambah Koleksi

Rancang pembelian mama, samada mama membeli secara online ataupun dari kedai buku fizikal, jadilah pembeli bijak!

Mama tak perlu risau beli buku-buku preloved ni sebab kebanyakannya tetap berkualiti. Malah, ada yang nampak baru lagi sebab ia dijaga dengan rapi.

Budak-budak ni, bila ada banyak pilihan, barulah semangat nak membaca. Lagi bagus kalau ibu ayah turun padang, join anak membaca. Confirm anak tak cepat boring, dan tak adalah asyik nak main gajet kan?

Banyak lagi sebenarnya kedai atau page yang jual buku kanak-kanak terpakai di Malaysia.

Kalau ada yang tahu dekat mana lagi, jomlah kongsi dengan Mama Siti. Mesti ramai nak serbu!

Sumber: SirapLimau

BACA JUGA JADIKAN MEMBACA HOBI ANAK ANDA

Pesan Mama Siti:

Buat mama yang nak save bajet atau tak mampu beli buku-buku import yang mahal-mahal ni, ha mai la singgah sebentar di kedai buku yang Mama Siti listkan ni. Beli saja buku kat sini. Kalau bukunya elok, apa salahnya kita beli kat sinikan? Ilmu yang anak mama terima tetap sama, baca buku baru ataupun lama. Yang penting sikap membaca tu mesti ada, betul tak?